Saturday, October 8, 2016

Solat Hajat

Nak dijadikan cerita tadi di sekolahku ada menjalankan aktiviti solat hajat. Di mana pelajar-pelajar akan menjemput ibu bapa mereka supaya datang ke sekolah bagi menguatkan lagi hajat-hajat yang akan dipohon ketika solat. Nak terangkan pasal solat hajat ni tak perlulah rasanya. Hanyalah solat yang didoa hajat ketika sujud yang terakhir.

Sebenarnya tujuanku bukanlah hanya untuk solat hajat beramai semata. Tapi aku telah mendengar desas-desus yang sahih (bukan datang dari facebook) bahawa sekolahku telah menumbangkan seekor lembu sebagai tanda betapa seronoknya mereka dapat membuat solat hajat. Haha. Lalu aku datang dengan mulut yang kecur liur.

Jam 7.05 program dimulakan. Tanpa kata aluan kami terus sembahyang Maghrib lalu disambung dengan bacaan yasin kemudian solat hajat (terharu sungguh aku kerana imam membacakan surah kegemaranku surah Ar-Rahman) dan seterusnya solat Isyak. Ya, semua itu berjemaah. Dah nama pun ahli keluarga datang. Aku ingatkan bolehlah habis lebih kurang jam 9 begitu. Tidak! jangkaanku salah apabila selepas ibadah itu ditunaikan seperti biasa pengetua dan ahli PIBG akan memberi ucapan. Aku ingatkan selepas keduanya berhujah, tamatlah sesi itu dan bolehlah aku mengisi perut. Tidak sekali lagi! apabila tiba-tiba seorang penceramah dipanggil untuk berceramah.

"Lamanya dia cakap! Boring". Itulah yang aku rasa. Dan aku percaya itulah apa yang orang lain rasa. Perut sudah berdendang lagu Perang Dah Tamat nyanyian Malique dan Rabbani. Kalau setengah jam bolehlah lagi, apa dia ingat program itu di siang hari?. "Aduhh, lapar tau tak?" Ok, itu aku sahaja yang rungutkan. Haha, mungkin sebab niat keduaku adalah untuk makan. Tapi memang benar, masa itulah, si penceramah berhormat nak cakap banyak.

Apa nak buat.. satu pun aku tak dengar sebab sibuk layankan perasaan si perut yang sering mengadu kelaparan kepadaku. Ketika ini ada jugalah aku teringat 'Kesian diorang yang tak dapat makan kat negara lain tu.

 Lalu aku dengan semangat waja pendekar bangun dari dudukku dan mengajak ibuku supaya keluar dari dewan itu. Alah, penceramah bukan nampak pun, kami duduk di tingkat bawah sementara dia duduk di tingkat atas. Lalu aku keluar dengan perasaan 'Ini sekolah aku, takde siape boleh marah'. Lupa sungguh aku bahawa bumi ini milik tuhan yang satu. Dan jadilah aku orang pertama yang makan dahulu.

Lihat, ceritaku tentang lapar lebih banyak daripada ceritaku tentang solat hajat. Nampaknya niatku yang kedua itu lebih kuat. Rugi bagi aku.

No comments:

Post a Comment