Hmm.. Cita-cita. Benda yang majoriti manusia dalam dunia ni ada. Majoriti? Ya.. Majoriti sebab masih ada mereka-mereka Yang tiada cita-cita. Bukan tiada, masih mencari. Tapi yang lagi dahsyat cita-citanya mengikut orang lain.
Yang ni nak jadi ni yang dia pun nak jadi ni. Fahamkanlah sendiri.
Bagi aku.. Cita-cita dan matlamat kenalah tinggi. Tinggi menggunung pun tak apa. Usaha pun kenalah selari tinggi menggunung. Eh tak, kalau boleh usaha kena tinggi ke cakerawala. Tapi harapan jangan letak tinggi sangat. Supaya nanti kalau tak jadi apa yang kita harapkan tak adalah kita sedih. Yalah, kita hanya merancang tapi Allah yang melaksana.
Cita-cita nak ada banyak mana suka hatilah. Tapi matlamat hanya kena satu sahaja. Faham? Berbeza ya matlamat dengan cita-cita. Cita-cita bagi aku adalah apa yang kita nak jadi. Haha.. Kalau boleh banyak benda yang kita nak jadi. Tapi matlamat adalah apa yang kita paaaaaaaliiiinnnggggg nak dalam hidup.
Sebab dengan matlamatlah kita boleh suka hati nak bercita-citakan apa yang kita impi. Faham? Maaf.. Aku susah sikit nak fahamkan orang.
Cita-cita aku banyak.. Takdelah banyak sangat.. Tiga je.. Haha.
1.Pakar psikologi.
2. Tukang jahit.
3. Businesswoman.
2. Tukang jahit.
3. Businesswoman.
Dan matlamat aku sangat berkait dengan cita-cita aku di atas. Ya, seperti yang aku kata di post sebelum ini.. Otak aku tak sebaya dengan umur.
Matlamat aku adalah untuk jadi manusia yang bahagia di dunia dan di akhirat. Nak tahu apa kaitannya? Pakar psikologi supaya aku tahu macam mana nak berkomunikasi dengan manusia dengan cara yang terbaik. Tukang jahit supaya nanti bila tiada siapa yang nak terima aku bekerja sekurangnya aku punya kemahiran yang lain dan aku akan ada masa untuk keluarga aku. Which is i will always there at home. Lepastu business woman. Islam kata 9/10 daripada harta kamu adalah dari perniagaan. Aku nak bina satu syarikat motivasi. Berlandaskan islam dan interpretasi dengan cara aku sendiri. Kalau mak bapak aku tak restu.. Aku buka syarikat jual barang basah je lah macam daging dan sayur. Makin banyaklah nanti kedai Melayu kan? Hohhoo..
Oleh itu.. Berusahalah aku dari sekarang. Dan bersungguhlah kamu-kamu yang punya cita-cita.
Sekian, wabillahitaufiqwalhidayah. Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
No comments:
Post a Comment