Saturday, October 8, 2016

Analisa Aku Tentang Lagu Perang Dah Tamat -Malique-

Tahu lagu ini? Kalau tahu tahniah, kalau tidak takziah.

Dulu semasa aku masih darjah-darjah pertama kali aku mendengar lagu ini tanpa melihat pada liriknya, pandangan aku adalah, benar perang dah tamat? baguslah lagu ni, meremang bulu roma aku bila dengar part perang dah tamat. Hakikatnya dulu telingaku hanya peka pada baris lirik "perang dah tamat". Yang lain aku biar pergi.

Tapi selepas ku hayati lagu ini barulah aku faham, betapa sinisnya lagu ini. Haha, lagu yang sungguh realiti. Satu yang aku suka tentang Malique lagu-lagunya sungguh realistik.

Alhamdulillah
Kita selamat
Kabus dah hilang
Perang dah tamat
Nyanyikan lagu
Damai dalam lena


Lirik yang tenang sehinggalah

Jangan buka mata
Realitinya sungguh berbeza


Aku tersentak, terus otak aku mencerna dan berkata, eh? bila masa lirik ni ada? haha betapa tidak peka telingaku pada lirik yang lain. Aku tak layak digelar peminat Malique. Jelas lirik itu tentang perang hanya tamat dalam mimpi kita sahaja. Realitinya kita akan sentiasa berperang. Banyak aspek perang.

Lalu aku lihat lagi pada lirik di bahagian rap. Huh, banyak rupanya kata indah kemudian diakhiri dengan kesedihan. Nak-nak lagi pada bahagian ini

Mereka kata tidak mungkin
Aku balas benar
Cuba tutup mata
Baca risalah diedar
Perang sudah tamat
Ku nyanyi separa sedar
Perang sudah tamat
Maaf bukan cerita sebenar


Hahah. Aku tersenyum sendirian. Senyum sinis aku rasakan pada bibirku ini. Rupanya pujangga di atas-atas hanya khayalan. Yang hakikinya adalah perang belum tamat.

Banyak lagi lirik yang begini kalau nak dikupas nanti panjang pula. Hari pun dah malam. 

Sayonara!

No comments:

Post a Comment