Friday, October 7, 2016

Burung Hantu

Arghh!! tak boleh nak tidur. Nak cakap aku tidur Asar tadi tidak (sebenarnya adalah dalam setengah jam jugak).

Hah! cakap pasal tidur lepas Asar. Orang cakap bo- opps! bukan orang cakap Nabi cakap boleh menghilangkan kewarasan.


Kisahnya aku ingkar terhadap perkara itu lalu aku pun membabi buta pada siang hari selepas asar. Lalu setiap kali aku bangun dari tidurku, terasa dunia ku berpusing bersama bintang-bintang yang exactly berbucu lima di atas kepala yang sedang menari. Baik, cukup fantasi itu. 


Jadi, beberapa hari selepas itu, aku menjadi sedikit (banyak sebenarnya) biul. Kepala ni asyik merisaukan perkara yang tak sepatutnya untuk dirisaukan oleh insan yang berumur aku. Lepas itu, sering juga aku bercakap seorang diri. Ya, memanglah biasa bercakap seorang diri, dah tapi kalau dah lama sangat tu bukan biasa dik, tu bahaya namanya.


So, the moral of the story, janganlah tidur lepas asar KECUALI kalau dah betul-betul mata tu rasa berat je nak membukaknya. Sebab, banyak buruk dari baiknya. Hah! boleh juga buat kita gemuk. Tapi, sesungguhnya mudarat itu datang dari Allah. Kita ni ketiau (ikhtiar) je lah ye.


Renung-renungkan dan selamat beramal!




No comments:

Post a Comment