Monday, October 10, 2016

Inspirasi

Aku tak tahu kenapa. Cuma itulah, ilhamku turun malam-malam. Mungkin sebab itu waktu semua makhluk bersendiri. Dan majoriti sebab ramai yang sedang bermimpi. Jadi aku dapat mimpi ketika sedar.

Cerita tentang inspirasi. Banyak. Banyak idola yang ku adore kan. Tapi yang penting sekali idola ku yang satu Nabi Muhammad S.A.W . Ya, ramai yang berkongsi idola dengan aku. Haha nampak betapa pembawa inspirasinya dia. Bagindalah inspirasiku dulu, kini dan selamanya.

Cerita tentang inspirasi ku yang sekarang. Dulu, aku tak kenal. Tapi aku jatuh cinta dengar pertama dengan beliau. Nama itu

Fynn Jamal.

Satu lagu yang aku dengar di corong radio Arjuna Beta. Ketika ini tahun 2014 ketika ia popular. Maaf aku baru kenal pada tahun itu. Pada mulanya aku seperti "wow lagu ni, meremang bulu roma aku. Seram semacam".

Tapi! Bilamana aku terdengar suaranya berspeaking tentang si Arjuna aku terpegun seketika. Bukan seketika sebenarnya, lama.
Aku terfikir satu perkataan. Dahsyat. Gagahnya dia. Kuatnya dia. Tabahnya dia. Lalu aku cari tahu macam si penyibuk atau stalker. Yalah, orang kata tak kenal maka tak.... Tahu. Maaf perkataan cinta hanya untuk junjungan besarku Rasul.

Lalu aku search dan search. Setiap bait yang ditulis dan diluah mindanya tak pernah satu pun yang tak membuat aku perlu untuk berfikir. Tak pernah satu pun yang tak membuat aku tersentuh. Ya, aku minat puisi. Jiwa aku jiwa puisi. Terima kasih sang pemberi inspirasi.

Malique.

Yang ni lagi satu. Berbeza jantinanya dari Fynn Jamal. Pernah sekali aku ditanya oleh rakanku ketika aku sedang asyik bercakap tentang Malique. Kenapa dia keluar dari Too Phat?. Jahat sekali aku menjawab. "Baguslah, dah dia rasa nak taubat".
Jelas sekali aku menyokong dia membubar dirinya dari Too Phat. Jahat sungguh aku. Kenapa? Sebab aku suka setiap lagu yang dikeluarkannya dengan bersahaja. Pun begitu, liriknya tetap perlu ku maknai dengan lebih mendalam.

Kedua inspirasi aku ini dalam satu jenis yang sama. Pemuisi pemujangga. Aku teringin nak jadi seperti mereka. Bukan klon. Tapi 
ku intepretasikan menjadi caraku sendiri. Macam mereka.

Aku bukan mahu menyanjung memuja. Aku hanya mahu inspirasi. Supaya aku punya satu impian yang takkan pernah berubah.

No comments:

Post a Comment