Jepun.
Satu nama yang bila aku dengar.. Fuhh! Confirm jadi gila. Haha.
Dahsyat.
Dahsyat.
Dulu aku adalah seorang otaku. Ya.. Gelak gelak.. Otaku teruk punya woo. Mula mula baca komik. Tak puas hati lagi aku tengok adaptation
cerita dia jadi anime. Sampai satu tahap...
Aku semacam 'memuja' Jepun. Tapi aku tetap tak lupa destinasi aku yang satu dan paling penting Mekah.
Kalau boleh aku nak semuanya Jepun. Kahwin pun dengan orang Jepun. Kenapa? Sebab otak aku yang tepu ni dah setkan orang Jepun perangai tak macam orang Melayu.. Orang Jepun bertanggungjawab. Orang Jepun pandai. Orang Jepun hensem padahal part yang hensem tu aku tak pasti pun. Lepas tu.. Jepun bersih.. Jepun cantik.. Jepun maju.. Jepun itu Jepun ini. Nak belajar kat Jepun.
Then, at one point.. I thought that 'abah kasi ke aku pergi Jepun? Umi?'. Kalau aku tak dapat pergi tak ke menangis tak berlagu aku dibuatnya? Aku terlupa prinsip aku yang satu "Jangan berharap terlalu tinggi. Matlamat tinggi takpe. Usaha pun kena tinggilah". Sebab.. Aku tak nak bila harapan dah terbang ke langit sekali jatuh terhempas berkecai berderai.
Jadilahku seorang yang berputus asa. Aku dah hilang harapan nak pergi Jepun. Tapi aku terfikir kalau teacher aku tahu aku give up mesti dia marah. Sebab dialah yang mendorong aku untuk mohon biasiswa RPKJ. Dialah pembakar semangat aku nk ke Jepun. Serius aku putus asa.
Dan. Aku buat keputusan selepas kejadian kakcik aku bagitahu aku supaya tajdid niat. Dia cakap kat aku "Tajdid niat Ima. Mana kau nak dapat pergi Jepun kalau niat kau macam tu". Niat aku apa? Niat aku sebab nak kahwin dengan orang Jepun lepastu tinggal kat Jepun. Haha merepek. Umur baru berapa.
Jadi hari itu aku mengalami sentakan pada mental. Baru aku sedar niat aku selama ini. Aku pergi sekolah cakap kat kawan baik aku pasal semalam yang kakcik aku cakap tu.. Lepastu dia pun cakap "Ima.. Kalau jodoh awak orang Jepun, orang Jepunlah yang jadi suami awak. Kalau jodoh awak orang Malaysia, orang Malaysia lah suami awak". Haha haihh... Perbualan budak sekolah zaman sekarang.
Lalu aku pun mentajdid niatku yang satu itu dengan niat yang baru. Aku pergi Jepun sebab aku nak belajar betul-betul. Nak ubah personality aku. Tapi kaklang aku pula yang cakap.. "Kau ingat nak minta RPKJ tu senang? Kau ingat takat kena dapatkan 10 A untuk SPM je? Kena dapat 10 A+ mah".
Haduhh.. Ni lagi satu peruntuh semangat. Tapi aku peduli apa?! Kalau ada rezeki aku dapat pergi.. Dapatlah aku pergi. Aku bagitahu mak aku "Umi, kalau Ima dapat 10 A+ umi kasi ima pergi memana je yang ima nak". Lepas tu mak aku dengan muka tak percaya dengan kelebihan anak sendiri menagangguk dengan senyuman sinis.
Dan yes! Chaiyoklah untuk aku yang kena belajar bagai nak gila tahun depan.
No comments:
Post a Comment