Saturday, October 29, 2016

Ku Takkan Pernah Putus Asa

Assalamualaikum and ufufufufu..

Putus asa. Hah. Semua insan pernah berputus asa. Semua orang pernah rasa nak putus asa. Jangan risau kita sama. Aku pun pernah- opps... Maaf bukan pernah tapi selalu berputus asa.
Putus asa ni.. Tak bagus. Na-ah. Sikit pun tak bawa manfaat.

Sebab manusia berputus asa:

1. Nampak susah nak buat.
2. Terlalu banyak kali terjatuh.
3. Rasa macam dah tak ada jalan lagi nak move on.
4. Hmm.. Bergantung pada diri.

Sebenarnya bukan tu je sebab-sebab dia. Manusia ni memang suka bagi alasan. And all of those stupid excuses aren't never good for anyone.

Ya, aku tahu aku cakap tak serupa bikin.
Aku tahu aku selalu berputus asa.

Tapi, aku bangun. Aku tak nak terus dilanda dilema. Aku tak nak nampak macam mayat hidup sebab berputus asa. No! A give up can't make me like that. Like a loser.

Kau tak rasa sedih ke kalau apa yang kau dah rancang. Rancangan tinggi melangit kau tu. Lepas tu kau dah strive nak capai. Tapi masa tengah jalan kau berhenti. Minyak habis. Nak cari stesen minyak tak ada dekat tempat kereta kau stuck. Kau pun berhenti. Kau dah tak nak lalui semua ni lagi. Kau dah tak nak bawak kereta dekat tempat yang tak ada stesen minyak ni lagi.

Oh. Aku tak patut cakap kau. Aku sebenarnya tengah cerita pasal aku. Dan mungkin kau pun ikut sekali masuk dalam jalan cerita aku? Mungkin? Jalan cerita kita sama?.
Tapi. Kau lupa, kau ada tangan yang mampu tolong kau. Turunkanlah ego tu. Tak payah malu nak minta tolong. Apa guna kawan dan keluarga kan?. Kau boleh mintak tolong kawan kau belikan minyak ke? Call towtruck ke?. Jalan banyak. Alternatif berlambak. Kau je yang tak nak. Aku je yang tak nak...
......
Tak payah cakap orang. Aku. Pun dah macam tu.

So! Never give up on your dream. Once you go through all of the struggles and push away all the negatives. Then one day you will realize that finally you got what you want. I got what i want.
And believe me, if you never get what you want even you've got to the final stage and its all got crushed just like that. Say, Allah know what is the best for you.

Mungkin kau tak tahu apa yang kau nak tu tak sesuai dengan kau. Jadi Allah bagi yang lebih baik. Yang lebih kena dengan diri kau.

So please, jangan putus asa. Never give up.

Sekian, yang hanya handal berkata dan menaip.

Hoodies

Assalamualaikum and ufufufufufu...
Hari ni kita cakap pasal hoodies. U know what hoodies is? Ala.. Baju sweater yg tutup kepala tu lah. Fahamkan? Faham2 je lah ya. Actually, aku ni adalah sejenis manusia yang tak boleh tengok orang yang pakai hoodies. Nak2 lagi kalau lelaki yang pakai. Allergiczzzzz.

Kenapa? Aku boleh jadi gila kau tau?!. Dah la smart gila hoodies tu. Huwaaa!! Aku rasa nanti kahwin dengan hoodie jelah. Hahaha. Dah gila dah. Tapi seriously, aku tak boleh tengok orang pakai hoodies.

Sebab, kau tengoklah. Orang yang pakai hoodies ni mata aku tengok dia orang tu macam cool gila tau tak?!.

So, i've decided to buy a hoodie. Aku jatuh cinta dengan hoodie ni sebab aku tengok satu cerita anime ni. Nama dia Tokyo Ghoul. Lepas tu kau tau apa??. Hero dia pakai hoodie!!!!! (fangirling). Lepas tu hoodie tu smart gila!!! (totally fangirling).

Kisahnya aku pun dah tak boleh tahan nafsu aku dengan hoodies ni. Jadi aku pun carilah dengan ig. Cari punya cari sampailah jumpa dekat satu ig shop ni nama dia hoodieshouse11. Perghhh!! Smart gila hoodies dekat situ. Aku pun scroll lah gambar2 dekat situ.

Masya-Allah tabarakallah!! Cantik gila satu hoodie ni. Smart gila. Nak dekat sama dengat hoodie yang kaneki ken (hero Tokyo Ghoul) pakai. Mahu tak menangis aku?!!. Mula2 hesitated jugaklah. Nak beli ke tak, nak beli ke tak???.

Sekali Alhamdulillah tuhan kasi rezeki tiba-tiba sebab Dia tahu hamba dia ni dah nak jadi gila. So, aku pun beli. Harga hoodies kat situ pun ridiculously murah. Semuanya rm40. Kau rasa???.
Haha panjang melebar cerita pasal hoodies je.

 Moral of the story : kahwinlah dengan orang berhoodies (tetibe).

Thursday, October 20, 2016

Cita-cita

Hmm.. Cita-cita. Benda yang majoriti manusia dalam dunia ni ada. Majoriti? Ya.. Majoriti sebab masih ada mereka-mereka Yang tiada cita-cita. Bukan tiada, masih mencari. Tapi yang lagi dahsyat cita-citanya mengikut orang lain.

Yang ni nak jadi ni yang dia pun nak jadi ni. Fahamkanlah sendiri.

Bagi aku.. Cita-cita dan matlamat kenalah tinggi. Tinggi menggunung pun tak apa. Usaha pun kenalah selari tinggi menggunung. Eh tak, kalau boleh usaha kena tinggi ke cakerawala. Tapi harapan jangan letak tinggi sangat. Supaya nanti kalau tak jadi apa yang kita harapkan tak adalah kita sedih. Yalah, kita hanya merancang tapi Allah yang melaksana.

Cita-cita nak ada banyak mana suka hatilah. Tapi matlamat hanya kena satu sahaja. Faham? Berbeza ya matlamat dengan cita-cita. Cita-cita bagi aku adalah apa yang kita nak jadi. Haha.. Kalau boleh banyak benda yang kita nak jadi. Tapi matlamat adalah apa yang kita paaaaaaaliiiinnnggggg nak dalam hidup.

Sebab dengan matlamatlah kita boleh suka hati nak bercita-citakan apa yang kita impi. Faham? Maaf.. Aku susah sikit nak fahamkan orang.

Cita-cita aku banyak.. Takdelah banyak sangat.. Tiga je.. Haha.

1.Pakar psikologi.
2. Tukang jahit.
3. Businesswoman.

Dan matlamat aku sangat berkait dengan cita-cita aku di atas. Ya, seperti yang aku kata di post sebelum ini.. Otak aku tak sebaya dengan umur.

Matlamat aku adalah untuk jadi manusia yang bahagia di dunia dan di akhirat. Nak tahu apa kaitannya? Pakar psikologi supaya aku tahu macam mana nak berkomunikasi dengan manusia dengan cara yang terbaik. Tukang jahit supaya nanti bila tiada siapa yang nak terima aku bekerja sekurangnya aku punya kemahiran yang lain dan aku akan ada masa untuk keluarga aku. Which is i will always there at home. Lepastu business woman. Islam kata 9/10 daripada harta kamu adalah dari perniagaan. Aku nak bina satu syarikat motivasi. Berlandaskan islam dan interpretasi dengan cara aku sendiri. Kalau mak bapak aku tak restu.. Aku buka syarikat jual barang basah je lah macam daging dan sayur. Makin banyaklah nanti kedai Melayu kan? Hohhoo..

Oleh itu.. Berusahalah aku dari sekarang. Dan bersungguhlah kamu-kamu yang punya cita-cita.
Sekian, wabillahitaufiqwalhidayah. Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Wednesday, October 12, 2016

J.E.P.U.N

Jepun.
Satu nama yang bila aku dengar.. Fuhh! Confirm jadi gila. Haha. 

Dahsyat.

Dulu aku adalah seorang otaku. Ya.. Gelak gelak.. Otaku teruk punya woo. Mula mula baca komik. Tak puas hati lagi aku tengok adaptation 
cerita dia jadi anime. Sampai satu tahap...

Aku semacam 'memuja' Jepun. Tapi aku tetap tak lupa destinasi aku yang satu dan paling penting Mekah.
Kalau boleh aku nak semuanya Jepun. Kahwin pun dengan orang Jepun. Kenapa? Sebab otak aku yang tepu ni dah setkan orang Jepun perangai tak macam orang Melayu.. Orang Jepun bertanggungjawab. Orang Jepun pandai. Orang Jepun hensem padahal part yang hensem tu aku tak pasti pun. Lepas tu.. Jepun bersih.. Jepun cantik.. Jepun maju.. Jepun itu Jepun ini. Nak belajar kat Jepun.

Then, at one point.. I thought that 'abah kasi ke aku pergi Jepun? Umi?'. Kalau aku tak dapat pergi tak ke menangis tak berlagu aku dibuatnya? Aku terlupa prinsip aku yang satu "Jangan berharap terlalu tinggi. Matlamat tinggi takpe. Usaha pun kena tinggilah". Sebab.. Aku tak nak bila harapan dah terbang ke langit sekali jatuh terhempas berkecai berderai.

Jadilahku seorang yang berputus asa. Aku dah hilang harapan nak pergi Jepun. Tapi aku terfikir kalau teacher aku tahu aku give up mesti dia marah. Sebab dialah yang mendorong aku untuk mohon biasiswa RPKJ. Dialah pembakar semangat aku nk ke Jepun. Serius aku putus asa.

Dan. Aku buat keputusan selepas kejadian kakcik aku bagitahu aku supaya tajdid niat. Dia cakap kat aku "Tajdid niat Ima. Mana kau nak dapat pergi Jepun kalau niat kau macam tu". Niat aku apa? Niat aku sebab nak kahwin dengan orang Jepun lepastu tinggal kat Jepun. Haha merepek. Umur baru berapa.

Jadi hari itu aku mengalami sentakan pada mental. Baru aku sedar niat aku selama ini. Aku pergi sekolah cakap kat kawan baik aku pasal semalam yang kakcik aku cakap tu.. Lepastu dia pun cakap "Ima.. Kalau jodoh awak orang Jepun, orang Jepunlah yang jadi suami awak. Kalau jodoh awak orang Malaysia, orang Malaysia lah suami awak". Haha haihh... Perbualan budak sekolah zaman sekarang.
Lalu aku pun mentajdid niatku yang satu itu dengan niat yang baru. Aku pergi Jepun sebab aku nak belajar betul-betul. Nak ubah personality aku. Tapi kaklang aku pula yang cakap.. "Kau ingat nak minta RPKJ tu senang? Kau ingat takat kena dapatkan 10 A untuk SPM je? Kena dapat 10 A+ mah".

Haduhh.. Ni lagi satu peruntuh semangat. Tapi aku peduli apa?! Kalau ada rezeki aku dapat pergi.. Dapatlah aku pergi. Aku bagitahu mak aku "Umi, kalau Ima dapat 10 A+ umi kasi ima pergi memana je yang ima nak". Lepas tu mak aku dengan muka tak percaya dengan kelebihan anak sendiri menagangguk dengan senyuman sinis.
Dan yes! Chaiyoklah untuk aku yang kena belajar bagai nak gila tahun depan.

Monday, October 10, 2016

SMA

U know what Sma is? It is a shortform for sijil menengah arab (poyo betul bunyik dia)

And yes, ill be taking it this year.

Pause (ugh!! Kuatnya anjing sebelah rumah ni menyalak).

Ok sambung. And yet, i was skipping class today. Sakit punya pasallah. Haha. Takpelah hari ni ayat tak sastera sangat (mcmlah ayat sebelum ni sastera).

So, yeah. Periksa.. 25/10. Bile eh? Minggu depan eh? Ke lagi dua minggu? Ahh! Tak prihatin langsung. Dah lah tak ready. Pastu tetau je esok dah exam. Haha lawak.

Ok. Aku gurau. Tak lawak.

Percubaan hari tu aku dapat Mumtaz, Alhamdulillah. But im hoping higher to get Mumtaz sufi (straight mumtaz). Amin. For those who dont know what mumtaz is, it is an A for dinniyah.
Nak cakap Arab x fluent lagi. Takat borak2 cenggitu je bolehlah. Hahah. Rugi betul. Belajar sekolah arab tapi x reti ckp arab sepenuhnya. Tapi bahasa inggeris tau pulak.
So yeah! Wish me luck!

Inspirasi

Aku tak tahu kenapa. Cuma itulah, ilhamku turun malam-malam. Mungkin sebab itu waktu semua makhluk bersendiri. Dan majoriti sebab ramai yang sedang bermimpi. Jadi aku dapat mimpi ketika sedar.

Cerita tentang inspirasi. Banyak. Banyak idola yang ku adore kan. Tapi yang penting sekali idola ku yang satu Nabi Muhammad S.A.W . Ya, ramai yang berkongsi idola dengan aku. Haha nampak betapa pembawa inspirasinya dia. Bagindalah inspirasiku dulu, kini dan selamanya.

Cerita tentang inspirasi ku yang sekarang. Dulu, aku tak kenal. Tapi aku jatuh cinta dengar pertama dengan beliau. Nama itu

Fynn Jamal.

Satu lagu yang aku dengar di corong radio Arjuna Beta. Ketika ini tahun 2014 ketika ia popular. Maaf aku baru kenal pada tahun itu. Pada mulanya aku seperti "wow lagu ni, meremang bulu roma aku. Seram semacam".

Tapi! Bilamana aku terdengar suaranya berspeaking tentang si Arjuna aku terpegun seketika. Bukan seketika sebenarnya, lama.
Aku terfikir satu perkataan. Dahsyat. Gagahnya dia. Kuatnya dia. Tabahnya dia. Lalu aku cari tahu macam si penyibuk atau stalker. Yalah, orang kata tak kenal maka tak.... Tahu. Maaf perkataan cinta hanya untuk junjungan besarku Rasul.

Lalu aku search dan search. Setiap bait yang ditulis dan diluah mindanya tak pernah satu pun yang tak membuat aku perlu untuk berfikir. Tak pernah satu pun yang tak membuat aku tersentuh. Ya, aku minat puisi. Jiwa aku jiwa puisi. Terima kasih sang pemberi inspirasi.

Malique.

Yang ni lagi satu. Berbeza jantinanya dari Fynn Jamal. Pernah sekali aku ditanya oleh rakanku ketika aku sedang asyik bercakap tentang Malique. Kenapa dia keluar dari Too Phat?. Jahat sekali aku menjawab. "Baguslah, dah dia rasa nak taubat".
Jelas sekali aku menyokong dia membubar dirinya dari Too Phat. Jahat sungguh aku. Kenapa? Sebab aku suka setiap lagu yang dikeluarkannya dengan bersahaja. Pun begitu, liriknya tetap perlu ku maknai dengan lebih mendalam.

Kedua inspirasi aku ini dalam satu jenis yang sama. Pemuisi pemujangga. Aku teringin nak jadi seperti mereka. Bukan klon. Tapi 
ku intepretasikan menjadi caraku sendiri. Macam mereka.

Aku bukan mahu menyanjung memuja. Aku hanya mahu inspirasi. Supaya aku punya satu impian yang takkan pernah berubah.

Saturday, October 8, 2016

Analisa Aku Tentang Lagu Perang Dah Tamat -Malique-

Tahu lagu ini? Kalau tahu tahniah, kalau tidak takziah.

Dulu semasa aku masih darjah-darjah pertama kali aku mendengar lagu ini tanpa melihat pada liriknya, pandangan aku adalah, benar perang dah tamat? baguslah lagu ni, meremang bulu roma aku bila dengar part perang dah tamat. Hakikatnya dulu telingaku hanya peka pada baris lirik "perang dah tamat". Yang lain aku biar pergi.

Tapi selepas ku hayati lagu ini barulah aku faham, betapa sinisnya lagu ini. Haha, lagu yang sungguh realiti. Satu yang aku suka tentang Malique lagu-lagunya sungguh realistik.

Alhamdulillah
Kita selamat
Kabus dah hilang
Perang dah tamat
Nyanyikan lagu
Damai dalam lena


Lirik yang tenang sehinggalah

Jangan buka mata
Realitinya sungguh berbeza


Aku tersentak, terus otak aku mencerna dan berkata, eh? bila masa lirik ni ada? haha betapa tidak peka telingaku pada lirik yang lain. Aku tak layak digelar peminat Malique. Jelas lirik itu tentang perang hanya tamat dalam mimpi kita sahaja. Realitinya kita akan sentiasa berperang. Banyak aspek perang.

Lalu aku lihat lagi pada lirik di bahagian rap. Huh, banyak rupanya kata indah kemudian diakhiri dengan kesedihan. Nak-nak lagi pada bahagian ini

Mereka kata tidak mungkin
Aku balas benar
Cuba tutup mata
Baca risalah diedar
Perang sudah tamat
Ku nyanyi separa sedar
Perang sudah tamat
Maaf bukan cerita sebenar


Hahah. Aku tersenyum sendirian. Senyum sinis aku rasakan pada bibirku ini. Rupanya pujangga di atas-atas hanya khayalan. Yang hakikinya adalah perang belum tamat.

Banyak lagi lirik yang begini kalau nak dikupas nanti panjang pula. Hari pun dah malam. 

Sayonara!

Solat Hajat

Nak dijadikan cerita tadi di sekolahku ada menjalankan aktiviti solat hajat. Di mana pelajar-pelajar akan menjemput ibu bapa mereka supaya datang ke sekolah bagi menguatkan lagi hajat-hajat yang akan dipohon ketika solat. Nak terangkan pasal solat hajat ni tak perlulah rasanya. Hanyalah solat yang didoa hajat ketika sujud yang terakhir.

Sebenarnya tujuanku bukanlah hanya untuk solat hajat beramai semata. Tapi aku telah mendengar desas-desus yang sahih (bukan datang dari facebook) bahawa sekolahku telah menumbangkan seekor lembu sebagai tanda betapa seronoknya mereka dapat membuat solat hajat. Haha. Lalu aku datang dengan mulut yang kecur liur.

Jam 7.05 program dimulakan. Tanpa kata aluan kami terus sembahyang Maghrib lalu disambung dengan bacaan yasin kemudian solat hajat (terharu sungguh aku kerana imam membacakan surah kegemaranku surah Ar-Rahman) dan seterusnya solat Isyak. Ya, semua itu berjemaah. Dah nama pun ahli keluarga datang. Aku ingatkan bolehlah habis lebih kurang jam 9 begitu. Tidak! jangkaanku salah apabila selepas ibadah itu ditunaikan seperti biasa pengetua dan ahli PIBG akan memberi ucapan. Aku ingatkan selepas keduanya berhujah, tamatlah sesi itu dan bolehlah aku mengisi perut. Tidak sekali lagi! apabila tiba-tiba seorang penceramah dipanggil untuk berceramah.

"Lamanya dia cakap! Boring". Itulah yang aku rasa. Dan aku percaya itulah apa yang orang lain rasa. Perut sudah berdendang lagu Perang Dah Tamat nyanyian Malique dan Rabbani. Kalau setengah jam bolehlah lagi, apa dia ingat program itu di siang hari?. "Aduhh, lapar tau tak?" Ok, itu aku sahaja yang rungutkan. Haha, mungkin sebab niat keduaku adalah untuk makan. Tapi memang benar, masa itulah, si penceramah berhormat nak cakap banyak.

Apa nak buat.. satu pun aku tak dengar sebab sibuk layankan perasaan si perut yang sering mengadu kelaparan kepadaku. Ketika ini ada jugalah aku teringat 'Kesian diorang yang tak dapat makan kat negara lain tu.

 Lalu aku dengan semangat waja pendekar bangun dari dudukku dan mengajak ibuku supaya keluar dari dewan itu. Alah, penceramah bukan nampak pun, kami duduk di tingkat bawah sementara dia duduk di tingkat atas. Lalu aku keluar dengan perasaan 'Ini sekolah aku, takde siape boleh marah'. Lupa sungguh aku bahawa bumi ini milik tuhan yang satu. Dan jadilah aku orang pertama yang makan dahulu.

Lihat, ceritaku tentang lapar lebih banyak daripada ceritaku tentang solat hajat. Nampaknya niatku yang kedua itu lebih kuat. Rugi bagi aku.

Friday, October 7, 2016

Burung Hantu

Arghh!! tak boleh nak tidur. Nak cakap aku tidur Asar tadi tidak (sebenarnya adalah dalam setengah jam jugak).

Hah! cakap pasal tidur lepas Asar. Orang cakap bo- opps! bukan orang cakap Nabi cakap boleh menghilangkan kewarasan.


Kisahnya aku ingkar terhadap perkara itu lalu aku pun membabi buta pada siang hari selepas asar. Lalu setiap kali aku bangun dari tidurku, terasa dunia ku berpusing bersama bintang-bintang yang exactly berbucu lima di atas kepala yang sedang menari. Baik, cukup fantasi itu. 


Jadi, beberapa hari selepas itu, aku menjadi sedikit (banyak sebenarnya) biul. Kepala ni asyik merisaukan perkara yang tak sepatutnya untuk dirisaukan oleh insan yang berumur aku. Lepas itu, sering juga aku bercakap seorang diri. Ya, memanglah biasa bercakap seorang diri, dah tapi kalau dah lama sangat tu bukan biasa dik, tu bahaya namanya.


So, the moral of the story, janganlah tidur lepas asar KECUALI kalau dah betul-betul mata tu rasa berat je nak membukaknya. Sebab, banyak buruk dari baiknya. Hah! boleh juga buat kita gemuk. Tapi, sesungguhnya mudarat itu datang dari Allah. Kita ni ketiau (ikhtiar) je lah ye.


Renung-renungkan dan selamat beramal!




Pandang Pertama

Assalamualaikum!

Hahaha.. bunyi macam pelik je pandangan pertama tu kan?
sebenarnya nak cakap aku ni baru pertama kali buat blog. Dah lama mengidam nak buat blog. Tapi, yelah. Baru setahun jagung. Even sekarang pun aku masih setahun jagung. Dulu nak buat, I told my sister and my sister said "Tak payah ma, nanti satu dunia dapat tahu apa yang kau tulis tu". And I Was like "..... habistu? apa salahnya nak buat sesuatu yang tak salah kan?". 

So yeah, here's my first blog. Buat julung-julung kalinya (bunyi drum). Oh, dan aku akan menggunakan "aku-kau" sebab... entah. Rasa macam bukan diri sendiri kalau guna "awak-saya". Mungkin sebab ini hanyalah sebuah tulisan sebab kalau lisan pun aku hanya guna "awak-saya" dengan orang yang lebih tua. Enough with "kau-aku" dan "awak-saya".

Jadi, blog ni tentang.... banyak sangat kalau nak cakap. So, I'm not gonna waste your time (sebenarnya memang dah bazir pun) and just read it! <3 <3 <3