Wanita Muslimah : Kaca atau permata?
Wanita solehah ni boleh dicapai oleh sesiapa pun. Walaupun miskin, x pernah belajar tinggi2, cantik ke tak. lebih mudah nak dicapai oleh muslimat berbanding gelaran2 lain di dunia.
Wanita dunia yg solehah lebih utama drpd bidadari syurga. Bidadari syurga ni, makhluk syurga yang cantik, sopan, setia, bila layan lelaki2 syurga, cinta, sayang lembut dgn diorg. Keadaan mereka, kalau tunjuk muka ke dunia, malam jd cam siang. Kalau siang, matahari, sirna cahayanya. Kalau air mata jatuh dalam laut, jd minyak wangi. Kalau bercakap, pengsan org yg dgr. Tapi still, nabi kata wanita solehah lebih baik drpd mereka. Bila bidadari syurga ni kalau melintas, terlupa akan dunia. Kalau melintas wanita solehah ni, maka kecantikan bidadari syurga ni akan tersirna. Kecantikan dan kesopanan wanita solehah ni, berganda2.
Kita kena kejar gelaran wanita solehah ni. Dipuji Allah dan penduduk langit. Akan dilindungi oleh Allah.
Ciri2 Wanita Solehah
S - Setia
Surah Ali imran, Ayat 102
Orang yang istiqomah dan pastikan dia mati dalam keadaan muslim. Orang yang menyerah diri kepada Allah. Ramai skang ni serahkan diri kepada lelaki dan hiburan. Hiburan yang menakutkan adalah, fb, ig, tiktok. Isi masa ke situ je. Bimbang mati menyerah diri ke arah itu, bukan kepada Allah. Kita kena lihat diri kita ni menyerah diri kepada suasana, atau kita yg urus suasana. Susun masa untuk menyerah diri kepada Allah.
Ciri2 org yg setia dgn Allah
Bila tiba waktu solat, terus solat. Sahut panggilan yang dicintainya. Tgk movie, tinggalkan. Tgh handle bisnes, tinggal.
Bila yg dicintainya memerintah, dia buat tanpa sebarang pertikaian. Larangan Allah dia akan tinggalkan.
O - Optimis
Sentiasa positif, berfikiran dan bersangka baik. Semangat waja. Jangan give up dulu. Wanita yang kuat, jitu. Emosi kena kuat tempuhi.
Surah Al-Hajj Ayat 18
Allah kata bertaqwa dan yakinlah kepada Allah. Allah tahu apa kita buat. Allah didik kita dgn apa yg kita buat untuk hari esok iaitu akhirat. Yakin, apa yang kita buat hari ni, Allah akan bagi ganjaran kelak. Wanita optimis tak kalah dengan ketidakhargaan manusia terhadap apa yang dia buat kat dunia ni. Dalam kubur lagi dah boleh nikmati. Terus buat baik, terus memaafkan, terus berdoa kepada Allah. Setiap kelukaan Allah akan ganjarkan berlipat kali ganda. Kita kalau lihat sesuatu dgn kaca mata dunia, kita akan kecewa. Tapi kalau melalui kaca mata akhirat, kita akan optimis. Rm50 jd kecil dgn kaca mata dunia. Kalau sedekah, nampak sgt besar time tu, begitu juga di akhirat. Kena khianat, kita kecewa, sanggup org buat camni kat aku, kita pun dendam, benci, marah. Namun kalau menerusi akhirat. Pastu teringat ayat surah Ar-Ra’d, mereka yang solat dan membalas kejahatan dengan kebaikan, mereka itu akan dikumpulkan dalam syurga bersama ahli syurga. Jadi mereka ni, cakap kat diri sendiri, jangan dendam, Allah tgh buka jalan ke syurga. Sedih mcm mana pun aku, aku maafkan dia, bukan kerana dia tapi kerana Allah. Kerana Allah, aku kuat. Sebut nama orang tu, aku maafkan si dia, kerana mengharapkan reda mu ya Allah. Buat kerana Allah, kita kuat, kalau kerana manusia, kita boleh jadi dendam balik. Kerana Allah, kita tak akan letak syarat2 untuk memaafkan, org tu kena ganti rugi, org tu kena minta maaf bla3. Maafkan tanpa syarat dan membalas kejahatan dengan kebaikan. Mereka ni, akan bahagia.
Siapa yg membalas baik dgn baik, tu lumrah.
Yg balas jahat dengan jahat, tu dendam.
Balas baik dengan jahat, tu zalim
Balas buruk dengan baik, luarbiasa.
Angkat tangan, tegur orang, orang x balas. Doakan Allah bagi dia hati lembut. Sifat orang mukmin, tak happy dapat pahala atas dosa orang lain. Dia akan kesian dgn orang tu. Bukan lepas tu dah tak bagi salam kat orang tu lagi.
L - Latif
Lemah lembut. Bukan lemah lembik. Bukan yang datangkan fitnah. Tegas, bukan kasar. Jangan lembutkan suara depan lelaki. Bukan manja-manja. Sifat terpuji, bukan keji. Lembik keji. Bukan tengok drama menangis, hati lembut, bukan itu. Hati yang lembut, menangis kerana Allah. Ngaji, selawat, kisah nabi, nangis. Tapi yang baca novel dll pastu nangis, tu lembik. Kengkadang tegas, tapi pemaaf, penyayang, dgn anak suami mesra. Tu lembut.
Nabi kata, Wahai Aisyah, Allah tu Maha Lembut dan mencintai kelembutan dalam semua urusan.
Maksudnya, wanita ni mudah bertolak ansur, mudah memaafkan, mudah bawak bincang. Wanita yg lemah lembut, bukan perlihat kelemahan, tapi itulah kekuatan dia. Kuat memaafkan dan bertolak ansur. Kita cuba biasakan diri dengan kata “It’s okay”. Orang datang lambat. Jawab, “It’s okay, tapi lain kali jangan buat lagi”. Jawab dengan tegas. Maksudnya, permudahkan orang lain, supaya kita pun dipermudahkan nanti. Orang banyak 0k3 ni, hidup dia pun sentiasa ok in Shaa Allah. Cuba, apa pun yang berlaku, jawab ok je. Cuba banyakkan ok depan2. senyum sekali. Jawab ok dan in Shaa Allah sekali. Setap apa yang kita buat, ikat dengan perkataan In Shaa Allah. Dengan pertolongan Allah. Restu allah. In Shaa Allah lebih kuat dari “saya janji” dan “saya sumpah”. Zaman sekarang, orang tak percaya dengan perkataan In Shaa Allah. Itu adalah doa. Kita akan dapat pertolongan dan keizinan Allah.
Surah Al-Kahfi ayat 23
Nabi kata, siapa yang mudahkan urusan saudaranya, Allah mudahkan urusannya di dunia dan akhirat.
E - Ehsan.
Nabi kata, beribadah mcam kau nampak Allah. Kalau kau tak nampak Allah, Allah nampak kau.
Kena ada rasa Allah sentiasa lihat kita. Buat sesuatu kerana Allah.
H - Halim
Penyantun.
A - Alim
Berilmu. Jadi macam wanita Ansor. Tak malu untuk bertanya.
H - Hafizah
Nabi kata, Jaga Allah, Allah jaga kau. Maksudnya, jaga hak Allah. Amar ma’ruf Nahi munkar. Kita kena risau, hidup kita ni dapat pertolongan Allah tak. Bagaimana kita nak dapatkan pertolongan tu. Tengok pakaian, cara hidup, makan, berhibur, bercakap bermedia sosial, ikut tak cakap Allah. Banyak lagi ke maksiat yang kita buat, kalau banyak lagi, bila tak dapat pertolongan Allah, jangan marah. Allah bukan nak susahkan kita, Allah nak bersihkan dosa kita dengan beri banyak ujian.
Kita nak masuk syurga jalan ujian ke nikmat? Ujian tuntut sabar dan reda. Nikmat tuntut syukur. Syukur adalah amar ma’ruf nahi munkar. Kalimah Alhamdulillah ni sgt tinggi nilainya. Diucapkan dengan rasa kehambaan. Bukan dalam keadaan maksiat. Kalau buat maksiat pastu dapat anugerah, kena kata Astaghfirullah. Puji allah, bukan hanya pada lidah.
Hidayah semua dapat, tapi orang yang buat maksiat ni, islam, diorg tak dapat taufiq. Balaslah cinta Allah dengan amar ma’ruf nahi munkar.
No comments:
Post a Comment