Tak normal kalau x nervous bila nak bercakap depan orang.
Cara nak bina self-confidence
Nak sampaikan maklumat kepada audience yang sangat besar, bukan dalam kuliah ke apa ke, tu benda biasa. Benda ni perlukan pengalaman, bukan dalam tempoh yang singkat. Seterusnya, apa yang kita nak sampaikan tu, kita dah kuasai. Kena percaya yg bila kita berforum/dll, kita sorang je yang tau benda ni, orang lain x tahu. Maknanya kita kena study benda tu, buat persiapan, dan boleh jawab soalan yang diutarakan nanti.melalui pembacaan, penyelidikan, tanya org yg lebih pakar. Next, kena tahu siapa audience kita. Kena cakap dalam bahasa audience, bukan bahasa kita. Kalau kita x tahu, nanti depan2 rasa x konfiden. So, persiapan kena ikut audience, penampilan pun. Gap kena jaga. Kalau dengan pelajar sekolah, x yah le pakai beria nau tuxedo pakai, nanti budak2 takut. Tapi kenalah kemas, bersih dan indah. Then, doalah, selawat dll, x kira hebat canne pun.
Teknik mempelbagaikan suara
Doktor tak mahir. Tapi doktor tak galakkan benda tu. Remaja perempuan, x elok nak ubah2 suara untuk audience rasa asyik. Jadilah diri sendiri. Jadilah sederhana supaya org tgk kita sederhana dan tenang. Kalau cite sedih2, x yah lah buat2 suara nak menangis. Biar sampai cerita tu kat org tu sendiri tanpa kita perlu buat2 suara. Biarlah kita tidak ni jadi penglipurlara. Benda bukan pertandingan bercerita. Tapi kita ni speaker, suaikan dengan biah islamiah, jangan mempermain2kan audience. Kengkadang audience rasa diorang diperbodohkan. Kalau audiece tu range banyak, mana kita nak letak diri kita? So, intonasi tu mudah2 je dah lah. Jangan ingat audience kita sebaya dengan kita. Tapi kalau cite tu memang sedih sampai kita menitiskan air mata, so, audience akan tgk diri kita ni ikhlas. Tak yah ko nak paksa2 diri tu, menaympah penonton. Penonton lagi suka nak kenal diri kita yang sebenar.
Cara nak bagi impact, straight to the point or berkias?
Cara kita menjawab, jawab soalan tu. Jangan jawab apa yang kita tahu je tapi tak jawab soalan. Kadang soklan bertulis lain, soklan moderator dah tanya lain, ha? Canne tu? Jangan bazir masa orang. Kalau soklan tu perlu dijawab direct, masa plak suntuk, so direct jelah. Dah kalau dapat masa sampai 15 minit, bolehlah bagi contoh berkias bagai. Ahli2 forum biasanya dah tahu konteks. Penting, forum tu, kita tahu apa yang kita nak bincang. So at the end, audience terarah ke satu konteks dan bersolusi. Kalau soklan dan jawapan tu sensitif, bolehlah bagi jawapan pada contoh, bukan direct. Sebab nak berdakwah kena jaga hati da’ie. So fikir dulu, jawapan kita nanti akan buat diorang rasa terhina ke tak. Tapi, tengok masa jugak last2. Tapi speaker kalau dah biasa cakap sorang2, tetibe kena jemput forum, dia kena jawab terus, tak yah muqaddimah, panel lain pun nak bercakap jugak hurghh. Kalau masa kau dua minit, jawab 2 minit lah, jangan lebih2. kalau 10 minit, jgn jawab 10 minit. Kena alert dengan moderator nak suruh kita berhenti. Hormat timing orang.
Stage fright sampai blank, canne nak elak?
Benda ni kalau jadi, kita manusia, kalau tak jadi, cek balik, kita ni robot ke. Dah rancang apa nak cakap sume, tetibe jd perkara yg trigger kita untuk lupa, anxiety kick in. Baca wassap kawan meninggallah apa lah. Jatuh tangga, orang tengok, dah malu nak cakap. So, dlm situasi nak berceramah ni, ingat nak cakap apa, tapi still kena tulis nota. Jangan guna gadget, takut bateri habis lah apa lah. Cerita pengalaman, lebih connect dgn audience. Sediakan payung sebelum hujan. Jangan rasa malu/terhina kalau kena tgk buku. Biasa tengok orang tak bawak buku/nota masa nak bercakap, konfiden teruk, tapi time nak bercakap lupa. Ah sudah. Buannng masa orang lagi.
Camne nak berhadapan dengan soalan non-muslim, apa nak jawab kalau kita tak tau nak jawab apa?
Diorang tak jadi isu sebenarnya dengan perbezaan jawapan. Kalau A, jawab A kepada sesiapa sahaja. Cara menjawab je lain.akan ada kesukaran2 sebab berbeza culture bagai. So, kreativiti tu penting. Sebab tu kena tahu audience kita siapa. Kengkadang diorg tanya x de beza pun ngan muslim, tapi kalau dapat soalan nak rosakkan aqidah, still jawab jawapan yang tepat, tapi bukan dengan cara keras, agresif, dan sangat defensif. Nak besarkan syiar islam ni, tunjuk, islam ni agama yang berkasih sayang dan berbelas kasihan. Jawab dengan fikiran, yang diorang ni tak tahu sebenarnya, so, jawab leok2. walapun diorang memang berniat nak mencabar agama kita. Tapi kalau diorg dok push2, kena jawab guna hukum2. tapi masalah kepada penguasaan hukuman diorang pulak. Aduiiii. So kena ingat, islam ni agama tarbiah. Tak kisah muslim ke non-muslim ke, jawab leklok. Anggap diorang tak tahu, bukan bodoh, atau saja nak cari gaduh. Kalau kena provoke, rasa nak marah, provoke dengan kata2 pula, kita still boleh sangka baik yang orang ni memang gini. Jangan kita plak yang provoke dia. Kena fikir, kita yang tahu, dia tak tahu, sebab kita penceramah, dia pendengar. Selagimana x libat fizikal. Tapi kalau dah libat, penceramah kena beralih dari tempat kita. Jangan nak redo nau kena serang. Jangan kita pi pukul dia pulak. Nanti kadang diorang x puas hati, kenapa asyik bagi contoh muhammad je? Kenapa x ali?! wadduh. Kita kena pandai baca provokasi2 yg audience bagi tu ke siapa. Penganjur majlis ke, audience lain ke.
Buat nota
Ikutlah, kalau benda bahasa melayu, nota persiapan buatlah dalam bahasa melayu, arab,arab, bi,bi. Bersedia, berlatih depan cermin. Kuasai, jangan hafal note semata. Jadi rujukan je, bukan skrip kita. Jangan baca je, nanti jadi pembacaan, bukan pembentangan.
Nak curi balik fokus audience yang kian hilang
So, masukkan unsur humor. Mungkin cara kita tadi x kena dengan audience, walaupun dah baik sangat dah. Masukkan dengan cerita pulak. Tanya nak dengar cerita ke apa ke. Sebab semua orang
Suka dengar cerita. Jangan buat lawak bodoh pulak. Kalau cakap lama nau, takut bukan penceramah yang x larat cakap, takut audience x larat dengar.
Tips interview syarikat
Expectation terhadap syarikat tu tinggi, so, orang mestilah nak amek yang terer2.
“Menarik itu subjektif”
No comments:
Post a Comment