Selamatkan Aku Dari Pornografi
Porn ni new drug.
Soft porn susah nak elak. Adegan lucah yang tak sampai tahap seks tapi menaikkan syahwat orang. Termasuk iklan2 yg nak jual ubat2 kuat/pemutih. Sampai dah jd content untuk youtuber. Budak sek men ramai tgk. Clickbait je pun, sekejap je adegan x senonoh tu, tp viewers kemain ramai lagi. Tapi, sikit2 tu yg meracuni akal budak2 ni sampai jadi banyak.
Onani ni, masturbation, melancap dll. (urghh wekk). output/kesan yg bermula dr porn yang diakhiri dgn onani ni. Sentuhan/gosokan di kemaluan sampai ejaculate.
Porn ni merosakkan. Onani ni ketagihan.
Bahaya onani dan pornografi dan impaknya.
Yg ketagih jarang nak dibantu. Kalau dah terlibat, x kisah porn camne pun, susah nak keluar, sbb kdg2 ada yg normalized porn. Diorg igt “semua org pernah tgk”, “biasalah org laki tgk”, “Nak praktik dlm perkahwinan”. ramai yg awal2 fikir gitu, sekali terperangkap. Porn ni x susah nak cari, iklan, game, pop up ads dll. Tgh2 main ig, tetiba ada org dm budak2/remaja, ajar/ajak ke porn.
Covid ni nampak org mati. Tapi yg terjebak dgn porn ni pun ada statistik penagihnya. Porn ni dtg dgn pakej yg pelbagai. Popularkan porn dgn sex toys kat shoppe, lazada dll. Porn ni industri yg dapat untung berbillion dollar us. Cari pelakon2 untuk adegan2 x senonoh. Lakonan, tp sebab ramai org tgk, diorg igt seks ni porn, sedangkan seks ni hubungan semula jadi. Kes2 rogol, laki2 komen, habislah anak budak ni. Diorg x de sensitiviti sebab diorg da biasa tgk porn. (fuck off assholes).
Takut budak2 ni sampai ke porn extreme. Sebab demand benda ni naik. So byk genre. Lgbtq, pedo. Malaysia dulu paling satu kat asia tenggara yg ada akses ke child porn. Hitamnya hati manusia malaysia ni, sekjap dia ckp x elok ckp pasal seks ni, lucah, tp sat gi balik umah tgk porn. Bila tonton porn, dopamine banyak keluar. Sampai dopamine tu rasa seronok yg maksimum untuk porn. Samapai dia bg signal ke otak utk tgk porn sebab dapat kepuasan. Stage 2, toleransi porn. Pastu acting out. Puas nafsu dia, dia masturbate. Pompuan pun buat benda ni.
Dopamine ni bg signal2 buruk sampai ketagih. Bila x dapat, x selesa, x tenang, x dpt tidur. Maksudnya dopamine dah control badan kita. Sedangkan kita yg kena kawal badan. Last2, kita x tau jln keluar. Sebab dah biasa sangat. Dah bertahun2 buat benda ni. Tersekat dan terbelenggu. Keuntungan bisnes melibatkan ketagihan, rokok, porn, dll. Bila dah bergantung ke porn, walaupun dia buat baik, dia dah susah nak berhenti.
Porn serang ke cognitive. Porn ni, sexual disorder. Ramai yg mintak bantuan sebab ketagih porn. Allahu, dari pelbagai peringkat, budak2, remaja, dewasa, bujang, kawen dll. Jgn pernah bertoleransi dan normalized porn. Jgn join dan tgk sekali. Skang ni kalau bual lucah, x malu. Cerita pasal makanan tp kait dengan lucah, dirty jokes. Mulalah jenayah dlm rumah, cabul bagai.
Lelaki ada morning wood, erection. Sebab hormon testosterone. Benda biasa, tp kalau porn, jd lagi teruk, sampai da tak erect da. Bila berlaku ransangan seksual, aliran darah yg buatkan menegang ni dtg dr otak. Bila lelaki dah terjebak porn, otak buat diorg fikir, nak capai erection tu, kena dgn porn. So bila kawen, susah nak erect. Bila otak dah terdedah porn, kacau fisiologi dan fikiran.
Budak2, perubahan hormon lepas baligh, sifat mencuba diorang sampai nak join porn. Org dewasa plak masalah bila, aku da kawen, aku boleh tinggalkan padahal tak. Sebab otak dah memahami porn ni berdasarkan pompuan2 cantik, bdsm, durasi panjang, x de muqaddimah, terus seks, blowjob dll. Benda fake kut, padahal irl, kena erect dulu, kasih sayang adab, ransang emosi, tapi sume ni rosak sebab ingat nak seks je.
Masalah lebih besar bila laki bini tgk porn. Laki ajak bini tgk porn untuk rangsang seksual. Merosakkan dan menghancurkan tindakan manusia. Sampai parafilia, jadi fetish. Teransang tgk pompuan pakai telekung, baju satin, tudung dll. Acting out dr permulaan pornografi. Tgk underwear pun teransang. Zoofilia, rasa syahwat bila buat ngan haiwan.
Kalau kesan ke perempuan pulak, bila dah ketagih, dia terlibat masturbate. Tapi bila dah biasa, dia nak sesuatu yg lain. Teks teruk2 ke kengkawan dia. Rasa puas bila hantar gambar2 lucah ke mereka. Sebab tu hujungnya jd liwat, rogol dll. X kisah tudung labuh ke pakai purdah ke, sume bantai.
Sebab tu Allah kata, tunduk pandangan dan jaga kemaluan. Bukan tunduk bila depan2 je, tapi bila sorang2 pun. Kalau pompuan, plus, tutup aurat. Bila kita pegang benda ni, x de masalah.
Ada ke cara nak tinggalkan porn ni selama2nya?
Kengkadang manusia x cari tp benda tu dtg. Tapi ada jugak sebab curious, explore, x dpt jwpn drpd parents. Kita nampak sex education ni benda lucah. Ajar budak2 posisi seks. Ajar seks bebas. Dll, padahal x pun. Bila x terap seks ed ni, budak2 pun explore sendiri. Kadang x nak cerita sebab rasa benda x yah cite pun.
Selama ni, seks je lucah, porn padahal ada 5 dimensi. Fizikal(satu rumah), cognitive (intelek) nak betulkan pemikiran yg seks ni fitrah, nak teruskan keturunan, sosial- hubungan dengan kawan2, camne nak respek pompuan, camne nak elak jd mangsa jenayah sosial, emosi- kenapa kena kawen? Kenapa kena ada kiss? Kasih sayang? Kenapa rogol dan zina tu haram? Sebab x ambil kira emosi pasangan, spiritual-jati diri, halal haram, boleh x boleh, ikut syariat. So bila diorg x belajar 5d ni, diorg belajar kot video lucah.
Bila anak tanya macam2, kita takut nak cakap kat anak2, malu, budak2 x yah tahu. So budak x paham apa fungsi kemaluan, cara mandi wajib. Belum tentu diorg faham belajar kat sekolah. So, tanya kengkawan yang dah join porn. So, kita ni educate anak buah, adik2, anak2 pasal benda2 ni. Malangnya, kita x berani nak bincang benda ni secara open. Yg opennya, benda2 lucah, bangga sebab dah pernah join benda ni.
So, nak tinggalkan porn ni dalam tempoh masa tertentu. Otak yg terjejas ni dekat bahagian aktif. So, diorg perlu tinggalkan dalam masa 90 hari. Lama bhai. Tapi dah biasa buat, ketagih. First step, kena mengaku, kita ketagih. Jangan normalized. Kena ada kesedaran dan akui. Second, kena tahu berapa banyak kali masturbation dilakukan dalam seminggu atau sebulan. Tentukan berapa kali tgk, berapa kali masturbate. So kena buat step by step, bukan 90 hari terus. So kalau seminggu tiga kali, minggu kedua kita tgk dua kali, lagi satu tu tukar dgn aktiviti lain. So, kalau tgk sebelum tidur, jauhkan fon dr katil dll. Kita ni pemipin tubuh, so, lawan the urge untuk tgk porn. Distract diri kita.
Selama sebulan, kita nak berhenti tu berapa lama. Kita jadikan minggu2. tetiba bulan kedua kita terbuat pula. So, punish diri sendiri. Bersihkan tandas. Kutip sampah. Belajar masak. Tolong mak. Time dah cukup 90 hari, keinginan dah berkurang. Keinginan masih ada tapi sikit. So, bagi reward. Tgk wayang ke, main futsal ke.
So, orang ni berhenti dalam masa yg lama. Macam org isap rokok, arak dll. So, x de lah gelabah. Kalau dah solat pun terbayang2, mungkin dia tengah struggle, so, teruskan solat tu. Lepas solat, doa lah Allah kasi kita lupa.
No comments:
Post a Comment