USRAH LESTARI 1
Kisah surah Al-Kahfi
Pemuda al-kahfi. Ayat 9-26
Pemuda berasal dr satu tempat kemudian tempat itu, pemerintahannya mungkar dan x amal gaya hidup islam. Pemuda lari dan beruzlah. Islam ajar kalau nak muhasabah diri pergi beruzlah. Mengasingkan diri kita drpd perkara yg boleh merosakkan iman. Allah bg pemuda2 ni tidoq dalam lingkungan 309 tahun. Dlm tempoh tu, mereka diguling2kan badan, x setempat, kalau setempat, badan rosak x sihat, sakit belakang dll. Bangun2 dah pergi zaman lain.
Ringkasnya, penting untuk kita jg iman dan akidah kita. Hidup penuh maksiat ni best, buat sekali rasa nak buat lagi. Sifat pemuda ni suka berseronok. Bila lg nak berseronok? Nanti dah tua nak mampus dah. Tapi, pemuda al-kahfi ni, muda lagi, tp cita2 nak selamatkan agama mike ni tinggi. Jadi Allah tidoqkan depa untuk selamatkan iman dan aqidah depa.
Dua pemilik kebun. Ayat 32-44
Allah dtgkan contoh yg sorang berezeki melimpah ruah dan sorang lagi ada jugak rezeki tp dia pi sedekahkan kat org len. Pemuda kaya ni, kebun dia besaq, cantiq, ada sungai yg mengalir. Ibaratnya kalau kita jln kat kebun dia (perempuan) hujung ke hujung, letak bakul atas kepala, penuh dah bakul. Pastu pemuda ni, bila tgk yg lg sorg tu bg harta kat org len, dia kata “inilah usaha aku, sume ni”. pastu dia kata kiamat x kan berlaku. Dia rasa benda tu kekal. Tapi kawan dia yg bg sedekah tu kata jangan sombong, kufur nikmat, Allah turun bala sat gi!. pemuda kaya ada sifat ananiyyah (keakuan) dan kufur.
Ringkasnya, kehidupan kita ni akan diuji dengan harta. Ada ke x de. Dua2 kena uji.
Nabi Musa dan Nabi Khidir a.s. Ayat 60-82
Nabi Musa jalan2 dan berjumpa dgn Nabi Khidir. Pastu nabi musa nak jalan sama dengan nabi khidir. Pastu nabi khidir kata, kalau kau sanggup ikut aku, kau kena sabar. Nabi musa kata ok dan berlakulah tiga perkara. First, bila dua2 tu berjalan, depa jumpa perahu, naik, nabi khidir pecohkan. Nabi musa kata, kau nak tenggelamkan perahu ni ke? Nabi khidir kata “Kan aku da kata hang x sabaq?”. pastu jalan lagi, nabi2 jumpa budak, nabi Khidir pi bunuh bayi tu. Perbualan yg sama lagi. Pastu jalan lagi, jumpa seorg penduduk kg, minta makanan x dpt, depa baiki rumah (jidar). Nabi Khidir ajak betuikan. Perbualan yang sama. Perahu tu org miskin punya, aku bocorkan sebab nanti ada pemerintah nak amek perahu2 tu. Kalau cantik, raja gila tu amek. Jgn nilai dgn mata kasar, ada hikmah. Raja blah, depa betuikan balik pqahu. Budak tu plak, mak pak depa mukmin, nabi qisau budak tu buat benda x elok sat gi bila da besaq. Dia akan susahkan mak pak depa, buat depa x solat, x tunai zakat, x puasa dll. Jd anak jgn susohkan mak pak kita. Ibadah, iman dan aqidah, uih besaq bala kalau hangpa buat masalah. Last skali, jidar tu plak, akan dtg, akan ada dua anak yatim piatu, duk situ, dan memanfaatkan harta yg ada bawah jidar tersebut. So, jgn beqat tulang.
Ringkasnya, sabar dlm menuntut ilmu dan kehidupan. Haih… kita sebagai pelajar, x paham pape, sabaq, in shaa Allah, ending nanti ok. Hidup ni adalah pembelajaran. Ending sat gi hangpa paham. Ni sume untuk bantu agama Allah
Zulqarnain. 83-101
Allah nak cite pasal kekuasaan. Zulqarnain ni mengembara dr timur ke barat dlm masa 500 tahun. Setiap kali tu, dia akan jajah dan angkat syiar Islam. Kekuatan dan kekuasaan yg zulqarnain ada ni, setiap kali dia berhadapan dengan mana2 tentera, dia mesti menang. Dilengkapi dgn segala senjata yg ada. Segala doktor pakar ada. Peqang mesti menong la. Zulqarnain x lupa kekuasaan yg Allah bagi. Dia letakkan kuasa tu semua dr Allah.
Keistimewaan org2 yg baca Al-Kahfi. Kena ke dengan fitnah akhir zaman?
Confirm! Berdasarkan kisah2 tadi, memang kait dengan fitnah akhir zaman.
1. Masalah Aqidah akan berlaku. Bila dajjal dtg, dia akan ikut dajjal. Zaman skang media sosial. Bape banyak org lagi percaya apa yg ada kat medsos berbanding quran. Sedangkan nabi tinggalkan al-quran dan as-sunnah. Kalau pegang dia, x kan sesat sampai bila2. jangan pernah tinggai depa. Baca semuka pun boleh. Istiqomah tu susah.
2. Harta uji kita, sikit ke banyak. Kalau banyak, takut ananiyyah. Kalau miskin, in Shaa Allah ingat Allah. Tapi kalau lupa Allah, nauzubuillah. Kemiskinan ni dekat dgn kekufuran. Mengeluh duit x banyak. Tak sedar, Allah bagi sikit, Allah nak suruh qonaah, bersyukur dengan yang sikit tu. Nak amal qonaah kena selalu bersederhana.
3. Fitnah tuntut ilmu. Belajar dengan guru yg salah. Faham ikut suka je. Dakwah yg kita bg pun salah. Futur pun satu jugak. Tak rajin, malas dan putus asa. Sampai sikit je ada org yg faham dan pakar dengan agama tu. Sat gi Dajjal dtg, dengan ilmu yg mustahil, hidupkan org yg mati, org pun percaya. Nauzubillah. So, nak faham, kenalah tuntut ilmu. Jangan lelah nak blajaq.
4. Fitnah kuasa. Dapat kuasa sombong, lupa diri, hilang tawadhu’, hilang ikhlas. Makin berkuasa makin menindas.
Soalan
Assalamualaikum ustaz, maaf saya nak tanya, apa ya sebab kena amalkan 10 ayat awal dan 10 ayat terakhir surah Al kahfi ni selain utk elak fitnah dajjal? terima kasih ustaz.
= ampun dosa dan jauhi gangguan syaitan
Soalan saya, adakah serangan pemikiran ini salah satu daripada fitnah² di akhir zaman kerana ia dapat menggugat iman & merosakkan akal. (ghozwatul fikr)
Dan soalan seterusnya ,bagaimanakah caranya untuk kami (dikalangan mahasiswa) boleh menghindari/menyelamatkan diri daripada perkara ini?
=Ya, so belajar banyak2. luar kelas. Belajar al-quran dan as-sunnah dan fahamkan. Belajar tafsir quran, aqidah, syamail muhammadiah. Kalau serabut, baca quran, In Shaa Allah dtg idea. Jgn tinggal quran, belajar ciri nabi- bina rasa kasih dan cinta.
Bagaimana nak tawadhu’ dan ikhlas?
= kena belajar dan faham. Org2 yg betul2 belajar ni, soleh2ah je rupa depa. Cuba kenal diri kita, tahap kemampuan dan kelemahan. Kalau ada yang kita mampu, letakkan, sume tu Allah yang bagi. Jangan lupa zikir “Alhamdulillah”. Apa2 jadi Alhamdulillah. Zaman nabi dulu, tersepak batu pun sebut “Alhamdulillah”. bersyukur Allah hapuskan doa. Amalkan istighfar. Hati gelap dah tu, taubatlah, istighfar. Bila dah jd darah daging, hati kita ni kalau ada rasa nak sombong dll, istighfar tu akan jadi vaksin.
Kenapa tiba2 futur dan cara atasi
=jgn dok sorang, setan datang. Cari kawan, org yg boleh bagi semangat. Yg x futur ni pi cari kawan2 yg x semangat ni. Tanya khabar, esaimen bagai ok ke x? banyak baca quran. Cari sejadah. Luah kat Allah.
No comments:
Post a Comment