today, i really feel the need to write here. untuk luahkan segala-galanya. hari ni, minggu ni, aku lalui baaaaaaaanyak sangat perkara. baaaaaaanyak sangat masalah. baaaaaaanyak sangat rintangan. aku menangis, menangis teruk-teruk. ada satu hari tu, aku menangis dari pagi sampai petang. sambil buat keje nangis. sambil blajar nangis. sambil menghafal nangis. terlampau banyak. terlampau banyak perkara yang aku lalui minggu ni.
aku cakap kat diri aku, tak apa ke aku menangis ni? macam mana nanti aku nangis sampai pening? macam mana kalau aku susahkan orang kalau aku menangis. macam mana kalau aku menangis, orang dengar, orang kesiankan aku, orang rasa bersalah sebab tak tolong aku, lepas tu aku membebankan fikiran orang tu pula. macam mana kalau family aku nampak aku menangis? abah? nanti abah akan kata aku bodoh ke, sebab buat program sampai menangis?
aku rasa bersalah dengan semua orang, aku rasa aku menyusahkan ramai orang. bukan rasa, aku memang menyusahkan ramai orang. tapi? aku tepaksa, aku terpaksa mesej ramai orang, tanya free ke tak, aku terpaksa ketuai perkara ni sorang-sorang yang mana bukan aku yang sepatutnya buat benda ni. aku berada di tengah-tengah antara keikhlasan dan keterpaksaan.
aku dah buat ramai orang risau dan kesian dengan aku. aku rasa aku lemah. tapi pada masa yang sama, aku teringin nak rasa kuat. sebab tu aku still fight for this program. aku nak tunjuk, aku, yang blur2, cepat stress, cepat koyak, anxiety melebih dan depressed ni, mampu handle program. aku nak tunjuk kat siapa? tak lain tak bukan, aku nak tunjuk kat diri sendiri. aku nak kalahkan pengalaman dan mind set aku yang negatif. aku nak rasa ketuai sesuatu sebab selama ni aku hanya mendengar kata.
tapi susah, sangat susah. benda2 yang pernah buat dulu pun, still aku menggagau2 lagi. masih lagi tak tau nak buat macam mana. aku risau. aku tak tahu nak buat macam mana. untuk satu waktu yang lama, aku terduduk dalam dinding minda aku yang gelap. aku cuba nak keluar. cuba cari cahaya. tapi aku tak jumpa. aku rasa lemah. aku rasa aku tak tahu nak mengadu kat siapa. family? baik aku mati. kawan? diorang dah ada masalah sendiri, tak perlulah aku tambah.
itu semua apa yang aku rasa pada awalnya. ya, aku tak berani sebenarnya nak minta tolong orang. aku fikir terlampau banyak perkara yang tak patut seorang manusia lemah macam aku fikir. aku takut akan perkara yang belum berlaku. aku dah terbayang kemungkinan-kemungkinan buruk pada masa akan datang, yang aku tak pasti lagi. aku sangat takut nak minta tolong orang, sebab aku rasa aku menyusahkan, dan memang aku menyusahkan. aku takut, orang yang aku nak minta tolong tu, tak suka aku, sebab aku jahat. sebab aku fikir yang aku tak pernah tolong orang, jadi macam mana orang nak tolong aku?
ya, itu semua pada awalnya. dan pada tengahnya juga. maaf, aku masih ragu-ragu.
tetapi, Allah Maha Baik. Allah Maha Penyayang. hamba Dia ni, yang jahat ni, yang bising ni, yang annoying ni, yang selalu lupakan Dia ni, Allah masih ingat. Allah masih sayang. terima kasih Allah. nak tau Allah buat apa kat aku? Allah hantar kepada aku, tentera-tenteranya. ya, aku tak malu nak panggil KAWAN-KAWAN aku ni tentera-tentera daripada Allah. sebab bagi aku, apa yang diorang dah hulurkan pada aku, sangat besar nilainya.
Allah Yang Maha Baik tu, hantar peringatan kepada aku, yang aku duduk kat dunia ni, bukan seorang diri. dan apa yang dia bagi ni, aku mampu tanggung. aku sangat bersyukur, dan pada masa yang sama, aku sangat sedih, sebab, aku teringat lagi, masih di dalam dinding gelap yang sama yang aku gelar minda, yang aku hanya teringat Dia saat susah. yang bibir aku selalu menutur nama-Nya saat aku dalam jerih payah. yang aku adalah seorang hamba yang alpa. tapi at least aku yakin yang aku berTuhan. itu aku pasti.
Allah Yang Maha Baik tu, hantar kan aku, segerombolan kawan-kawan Huffaz untuk menolong aku dalam program ni secara langsung dan tidak. yang mana starting dia sangat tidak baik. tetapi perjalanan dalam perancangan program ni, saban hari semakin baik. akan tetapi, Allah masih lagi menghantar ujian demi ujian, bertalu-talu, bertubi-tubi, satu nikmat yang aku dapat, dua ujian yang diberi-Nya lagi. tapi kali ini, aku dah mula kuat. air mata masih ada, tapi aku dah mula kuat. aku akan sentiasa ingat bahawa, ujian ini juga akan bertukar menjadi nikmat, jika aku menjalaninya dengan sabar.
berkat pertolongan dari kawan-kawan, kata-kata semangat yang bertukar-tukar si pemberinya, dan tunjuk ajar daripada mereka yang terlibat. aku masih kuat menempuh segalanya. kerana aku ingat, kita tempuh sama-sama. saat ini, aku sangat berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang terlibat dalam program ini.sangat-sangat. sumpah, kata-kata tak mampu nak tunjukkan betapa aku berterima kasih kepada kamu semua. betapa kamu semua berkorban, banyak perkara. ah, aku tak kisah bilangan pengorbanan kamu semua, aku hanya akan melihatnya sebagai "banyak".
terima kasih kawan-kawan. terima kasih juga kepada yang menjadikan starting program ini tidak baik. kau mengajar aku supaya lebih berhati-hati dalam menilai manusia. supaya jangan terlalu mudah percaya dengan manusia. supaya menjadi lebih kuat. tetapi kau tak layak menempa nama dalam penghargaan ini. jauh panggang dari api engkau dari perkataan terima kasih seikhlasnya dari hati. terima kasih yang awal tadi kubaurkan dengan sindiran.
kepada yang menolong secara langsung :
ZAFIRAH
HAFIDZ
KAK NAJAH
MAISARAH
AFIQAH
DANIAL MAMBO
SOLIHIN
MUDIR
USTAZ HUMAIDI
CIK AZZFAR
USTAZAH HAZIRAH
KAK AISYAH
dan secara tak langsung tetapi kamu-kamu mengangkat aku dari segi mental :
HANIS
ARINAH
AIN
KAKCIK
UMI
USTAZAH ROSMA
CIK SHAMILZA
HAFIZAH TO BE
tidak akan pernah cukup kata-kata terima kasih yang mampu aku ucapkan,
tak akan pernah cukup,
habislah madah selautan,
masih tidak cukup,
hanya Allah Yang Maha Baik itu yang mampu membalasnya.
nam-nama ini yang akan ku kenang suatu hari nanti,
kenangan yang mampu membuatku tersenyum,
mungkin sedikit menggeleng kepala,
aku akan ingat kamu semua,
dan mungkin akan ku ceritakan kepada anak-anakku nanti,
kalau ada rezeki,
susah, jerih, payah, tangis ini,
hanyalah untuk mengajar aku erti tidak putus asa,
dan sesungguhnya pengalaman itu sangat mematangkan,
dan aku yakin,
seusai program,
semuanya akan ditutupi dengan senyuman.
terima kasih semua.
terima kasih Allah.
Kau buat cubaan membunuh ak ke ima?
ReplyDeleteer.. mai ke ni? kalau ya, sorry sebab reply, dan, no, im not trying to kill you
Deletemenusuk kalbu jgak bacağŸ˜
ReplyDeletehahahaha, mau tak menusuk, basah keyboard laptop aku time buat ni
Delete