cakap yang tidak-tidak
talam dua begitulah "fitrah"nya
konon nak menjaga hati
tak mahu dia tersakiti
lalu, kau jaja cerita pada yang lain
bersua muka kau tidak telus dan tulus
bila membelakangi kau riuh bukan main
heh, bole kalah ayam bertelur
lalu, kau mengaku kau jenis
BAIK PUNYA SAHABAT
bila berbicara sesama kau
pijak semut, semut tak mati
HEBAT.
masa diumpat kutuk
gajah pun mati sekali tikam
HIPOKRIT
itulah dia, itulah engkau dan itulah aku
mungkin itulah kita
telunjuk lurus kelingking berkait
KONTRADIKSI LEBAT, KAU BILANG HEBAT.
No comments:
Post a Comment