Assalamualaikum and ufufufu...
Ha.. Tasybih.. Tasybih adalah perkataan bahasa arab yang bermaksud perumpamaan.. So, hari ini aku nak cerita pasal perumpamaan yang dicipta oleh aku..
Fufufuuu... Ala.. Ada dua je tasybih yang aku buat.
Okay first!
Rahsia dan air.
Maksud aku.. Rahsia ni sama macam air.. Oh! Aku dapat benda ni masa tengah mandi.. Hee.....
Kalau kita kumpul lama-lama dia akan pecah.. Tak pun bocor.. Sebab air mengalir.. Kita macam botol tu lah.. Bayangkan kalau kita seorang je yang pendam sesuatu tu lama-lama.. Suatu hari nanti habis pecah... Lepas tu, air ni mengalir.. Dekat mana-mana pun.. Dia akan tetap berjalan.. Simpanlah dekat mana-mana pun.. Botol pun boleh pecah.. Empangan pun boleh pecah.. Siap banjir lagi. Maksudnya, sekuat mana pun sehebat mana pun seseorang tu simpan rahsia tetap boleh bocor juga.. Botol dan empangan tu macam kitalah. Ha.. Macam manusia. Sebab tu kita kena berhati-hati kalau bagi tahu orang rahsia kita. Lagi satu, kalau boleh janganlah bagi tahu rahsia kat orang tu banyak sangat.. Takut nanti beban kat orang tu. Macam botol tadi tulah..
And last!
Persepsi manusia dan kotak.. Dan aku dapat benda ni pula masa tengah main rubik.
Ya, macam kotak. Kotak ada enam sisi... Jadi, ada enam muka. Ada enam pendapat. Kalau kita pergi dekat sisi yang lain kita akan nampak dan observe benda yang lain-lain. Ada kalau kita fikir orang tu buat benda pelik. Atau kita rasa benda yang orang tu buat menyusahkan.. Still, jangan kutuk dia. Jangan bajet pandai dengan keluarkan apa yang kita fikir dekat orang lain. Sebab, kita tak tahu orang tu ada dekat sisi kotak yang mana. Kita tak tahu orang tu nampak melalui persepsi sisi yang mana. Jadi kita yang dok tengok je orang macam ni kenalah fikir luar kotak.. Tak pun, tanya orang tu baik-baik. Cuba tengok pada sisi kotak orang tu. Kau akan dapati apa yang kau nampak pada sisi kotak dia tak sama dengan sisi kau. So, ingatlah bahawa pandangan dan persepsi kita tak sama dengan orang lain. So, hold it before you get angry or insult them. Ask them nicely.
Wakarimasenka? Ja-na! Sayonara!.
Wassalam..
No comments:
Post a Comment