Thursday, November 3, 2016

Iqra'

Assalamualaikum and ufufufu...

Membaca adalah salah satu hobi aku. Semua benda yang bertulisan aku baca. Mahupun papan tanda dekat jalan, aku akan stick my eyes to the papan tanda untuk make sure aku dapat baca sampai habis. Walaupun aku kena pusingkan kepala. Sebab aku tak suka baca benda yang tak habis. Tak puas hati aku tau.

Membaca ni bukan setakat pada buku je. Nak baca komik boleh. Wait, komik online maksud aku. Baca bahan dalam internet. Bacalah apa-apa pun. Nak cerita dengan bahasa yang indah dan mendalam? Baca terjemahan al-Quran. Banyak surah yang best2 dalam tu. Contohnya surah Yusuf. Cerita dia detail gila.

Ramai orang tak suka membaca sebab? Katanya banyak sangat tulisan. Dah engkau poyo pergi ambik buku tebal2 800 muka surat siapa suruh?. Dah tau tak minat membaca toksah tunjuk rajin sangat nak baca panjang2 tu. Baca buku bergambar pun jadilah. Dapat tambah kosa kata kan? Itu untuk buku kalau buku english atau arabic language la. Bahasa asing.

Tapi kalau nak buat macam tu untuk buku BM pun apa salahnya kan?. Haha.....??. Yang penting bila kita baca tu kita mendalami apa yang kita baca. Hayati dia nak cerita pasal apa. Barulah kita boleh ingat dan boleh kita cerita kat orang. Memang rugilah kalau baca sampai 300 mukasurat tapi tak ada feel kan?.

So, bacalah.
اقرأ, باسم ربك الذي خلق.
Surah al-Alaq.

No comments:

Post a Comment