Tuesday, November 29, 2016

Tasybih

Assalamualaikum and ufufufu...

Ha.. Tasybih.. Tasybih adalah perkataan bahasa arab yang bermaksud perumpamaan.. So, hari ini aku nak cerita pasal perumpamaan yang dicipta oleh aku..

Fufufuuu... Ala.. Ada dua je tasybih yang aku buat.

Okay first!
Rahsia dan air.
Maksud aku.. Rahsia ni sama macam air..  Oh! Aku dapat benda ni masa tengah mandi.. Hee.....

Kalau kita kumpul lama-lama dia akan pecah.. Tak pun bocor.. Sebab air mengalir.. Kita macam botol tu lah.. Bayangkan kalau kita seorang je yang pendam sesuatu tu lama-lama.. Suatu hari nanti habis pecah... Lepas tu, air ni mengalir.. Dekat mana-mana pun.. Dia akan tetap berjalan.. Simpanlah dekat mana-mana pun.. Botol pun boleh pecah.. Empangan pun boleh pecah.. Siap banjir lagi. Maksudnya, sekuat mana pun sehebat mana pun seseorang tu simpan rahsia tetap boleh bocor juga.. Botol dan empangan tu macam kitalah. Ha.. Macam manusia. Sebab tu kita kena berhati-hati kalau bagi tahu orang rahsia kita. Lagi satu, kalau boleh janganlah bagi tahu rahsia kat orang tu banyak sangat.. Takut nanti beban kat orang tu. Macam botol tadi tulah..

And last!
Persepsi manusia dan kotak.. Dan aku dapat benda ni pula masa tengah main rubik.

Ya, macam kotak. Kotak ada enam sisi... Jadi, ada enam muka. Ada enam pendapat. Kalau kita pergi dekat sisi yang lain kita akan nampak dan observe benda yang lain-lain. Ada kalau kita fikir orang tu buat benda pelik. Atau kita rasa benda yang orang tu buat menyusahkan.. Still, jangan kutuk dia. Jangan bajet pandai dengan keluarkan apa yang kita fikir dekat orang lain. Sebab, kita tak tahu orang tu ada dekat sisi kotak yang mana. Kita tak tahu orang tu nampak melalui persepsi sisi yang mana. Jadi kita yang dok tengok je orang macam ni kenalah fikir luar kotak.. Tak pun, tanya orang tu baik-baik. Cuba tengok pada sisi kotak orang tu. Kau akan dapati apa yang kau nampak pada sisi kotak dia tak sama dengan sisi kau. So, ingatlah bahawa pandangan dan persepsi kita tak sama dengan orang lain. So, hold it before you get angry or insult them. Ask them nicely.

Wakarimasenka? Ja-na! Sayonara!.
Wassalam..

Friday, November 25, 2016

Sibuk

Assalamualaikum and ufufufufu...

Okay, sibuk. Sibuk tau sibuk?. Yah, confirmlah korang tahu kan? Tapi hari ini aku nak cerita pasal orang penyibuk yang sangat sibuk. Kononnya prihatin, tapi tak sedar yang dia tu penyibuk nak tahu hal orang..

Hmm.. Aku memang tak suka penyibuk.. Terus terang cakaplah.. Rasa nak tumbuk je orang yang macam ni. Tapi nak buat macam mana, kita hanya mampu merancang.. Haha. Tapi seriously, aku memang doa lah supaya pupus awal makhluk yang ada perangai ni.

Kalau kat sekolah memang ada lah orang macam ni. Confirm!. Nak nak lagi kalau time dapat kertas periksa. Dia punya sibuk nak tau orang lain punya markah tu memang Nauzubillahiminzalik betul!. Dah tu, kalau tahu diam diam tak apa jugak. Ni?! Pergi bagitahu orang. Buat apa weh? Buat apa? Kau tahu tak betapa rapuhnya hati aku???. Meski ku rapuh.. Dalam dada... Kadang tak setia.. Mencintaimu..

Ahh sudah!

Lepas tu.. Kalau dah sampai masa check result peperiksaan online. Uncle dialah! Sibuk nak tau orang tu dapat berapa. Lepastu insist, paksa orang tu cakap kalau dia tak nak. Kau tahu tak orang tu tak nak cakap sebab keputusan dia kureng? Heh.. Kau tahu. Sebab tu kau paksa dia cakap kan? Buka aib orang.. Suruh dia sendiri yang cakap..

Pernah satu hari tu.. Si fulan ni tanya kau dapat berapa? Lepastu yg ditanya ni diamlah tak jawab. Aku boleh nampak kot.. Muka dia sedih. Tak nak jawab. Dah tu aku back up. Tapi kenapaaaaaaaalah dia susah sangat nak faham.. Aku pulak tu yang kena marahnya.  Hadushh.. Bengap tu kalau boleh simpanlah.. Dia dah cakap markah dia teruk tu dahlah.. Kau nak apa lagi?. Alahai..

Lepas tu jenis yang kalau kita tak bagitahu lepas tu dia pun merajuk. Kalau akulah.  Aku nak cakap pergi mati jelah kau. Markah aku.. Keputusan aku.. Yang kau nak sibuk kenapa? Tapi tulah... Aku ni bukan jenis cakap lepas pasal benda2 macam ni..Hishh.. Tak bagus betullah. Ya aku tau kau ni jenis yang jujur.. Tapi kalau dah macam tu bukan jujur namanya.. Dah bangang dah sebab tak tahu menahu nak baca situasi.

Haih.. Sumpah aku cakap aku rasa nak lempang je orang macam ni.. Tapi nasib baik Islam melarang keganasan. Kalau tak memang kena dengan aku (cakap gebang). Haih.. So, siapa yang makan cili dia yang terasa pedaskan? Jadi, silalah ubah perangai ya.. Aku cakap ni bukan apa.. Sebab ramai yang tak suka dengan manusia yang sibuk macam ni.. Janganlah sebab kesibukan kita tu buat orang benci dengan kita. Terasa dengan kita.

حبل من الله, حبل من الناس.

Wednesday, November 23, 2016

Instagram

Assalamualaikum and ufufufu..

Kau tau tak perasaan bila kau ada instagram.. Dan sedara mara kau pun ada dan kau pun followlah mereka dan dengan yakinnya berfikir bahawa mereka takkan followback? Dan akaun kau adalah private..

So this is where it begins.. Aku.. Follow pakcik aku dengan insta.
He is one of my most beloved uncle. Tak taulah dia tau tu ke tak. Tapi tak kisahlah.. Ya.. Aku follow dia.. Lepas tu ya.. Aku follow dia... Haha.. Dan semasa aku tengah scrolling the pictures.. Ting! Dekat gambar cinta di bahagian bawah instagram aku menunjukkan bahawa ada seorang insan nak follow aku. Jadi aku pun dengan teruja menjenguk.. Dan..

Yes! As you all think! My uncle has resquested to follow me.. Masa tu aku macam orang gila.. Beria aku discuss dengan kakak aku.. Nak approve ke tak.. Bukan budak hot.. Cuma aku tak suka kalau sedara aku nak follow aku.. Lainlah kalau.. Dia jenis yang aku selalu bawak borak kan?. So aku pun ignore. Rasa bersalah.. Tapi aku ignore jugak.. Lalu aku pun merelakskan diri..

5 minutes later..

Yeah! There you go again.. Dia request lagi.. Ya Allah.. Kau tau tak perasaan dia macam mana??. Huwaa.. Menangis tak berlagu aku dibuatnya.. Aku tak tahulah sebab dia kenal aku ke apa ke.. But it seems so.. So aku dengan paksa rela pun men'approve'lah beliau.. Ok that is not the worst part yet..

Here's come the worst.. Aku upload gambar dan.... Umi!! Dia like gambar aku. Im totally felt like fainting.. Wadduhh wadduhh.. Gimana nih? Ottokae... Hontoni?? لماذا, لماذا؟؟ haha.. Terukkan? Aduhh.. Lepastu aku reda jelah apa yang jadi.. Nak block.. Pakcik sendiri.. Ahahaha.. Masalahnya siapa suruh aku follow dia kan? Allah... Tapi Alhamdulillah dia adalah pakcik yang baik.

Dan.. Tadi aku stalk ig dia sebab dia like gambar aku lagi.. Lepastu aku nampak ada orang komen lepastu cakap perkataan "bhai". And i was like... Wow.. Terernya kawan beliau cakap "bhai". Rupanya tu kawan anak dia... Haihh.. Budak2 nowadays.. Where is their manners go? Im always wondering about that.. Even though the "kids nowadays" including me.. Tapi.. Setakat ni nak cakap bhai tu tak pernah lah.. I hope sampai tualah aku macam ni.. Amin..

Lepastu aku tengok recommendation dia ada adik sedara aku.. Aku nak follow.. Tiba2 aku teringat bahawasanya aku dah publickan account aku sebab aku masuk contest dan hanya boleh di privatekan semula hari Jumaat ni.. Tapi aku tetap follow.. Sebab aku tak rasa dia akan follow aku balik as i think that im not an interesting person to be follow by him. So.. Kita tengoklah macam mana nanti..

Dan aku bertekad bahawa hari Jumaat lepas result contest tu keluar.. Maka aku akan privatekan semula secepaf mungkin.. So.. Janganlah jadi macam aku ya..

Sunday, November 20, 2016

Being a MUSLIM

Assalamualaikum and ufufufufu...
Today i want to talk about me being a muslim. Ya.. Muslim. Or put it into a specific way a muslimah. Muslim is for man. And muslimah is for woman.
Okay, first of all. I came from a Muslim family. Alhamdulillah. I have to be very grateful!. And my name is Halimatun Saadiah bt Zainal. And im not a terrorist. Haha have you seen that movie? My name is Khan and im not a terrorist.
Ok, im a Muslim. And that makes me no different from the other. Except for the religion. As you know, Islam is too oppressing it followers'. Nope. Not at all. I love music. I love to sing. I love movies. I can be a fashionista (but i dont want it because im not the type who like about fashion). I.. Can dress according what i want. But i must follow the line. I mean the sharia' law. I must cover my body yet, i can dress however i like. It is not always wearing black and dull all the time. It is according to the will of the person. Like you. You can dress all the way you want.
And music, you know what? I love english music. Im from Malaysia. And im muslim. Yet, im so in love with every kind if musics. Im not going to discriminate anything. I heard everything. I learn everything. And yes, keep on the line of sharia'. You see, i dont even know why all of you keep talking about islam is terrorist. My country-Malaysia is monopolized by the muslims. And there is no racism between us. We aren't saying that you Chinese go back to China. You indian go back to India. Thats rude. But yes, there is always some people who is like that at every place. "some".
Please, dont put all the Muslims in the same place as that "some". And i'd like to invite you non-muslim to come here in Malaysia. And i dare to swear that no one is gonna ask you to go back to your country. So why did you told the muslims in your country to go back to theirs?. I dont get the reason why. And why am i gonna carry a bag full of bombs and walk around with it? Isnt it insane?.
But yeah, im happy that im a muslim. I can do what i want. There is no force in my religion. But still, there is do's and don'ts. And i confidently saying that im on the right way. Do not judge muslim just by their look. Please, do learn about Islam before you want to insult us. Learn about the Quran. Learn from the teachers not the media.
Im a Muslim and i love all of you!. I dont care from what races you are, or what religion you followed. I dont care, just spread the peace and i love you!.
Salam!.

Thursday, November 17, 2016

What day ever!!

Assalamualaikum and ufufufu...

Hari ni adalah hari yang palingggg teruk dan best. Sebab tu aku cakap what sebab aku tak tahu nak desc macam mana.

Hari aku dimulakan dengan emosi aku yang sangat bad mood. Sebab ada periksa addmath sampaikan masa dalam kereta nak pergi sekolah pagi tu aku fikir kalau aku accident pun tak apa. Teruk. Memang teruk. Selalunya aku masuk kelas dengan senyuman. Tadi, masuk-masuk aku dah terlangkup kepala aku. Fikirkan addmath pukul 8.00 a.m. nanti. Lepastu Syariah aku tak sentuh apa pun sebab heboh nak study addmath malam sebelum tu.

Dah habis periksa addmath dengan syariah. Aku pasrah. Selalunya aku contemplating myself lepas habis jawab. Tapi tadi aku pasrah habis. Reda jelah apa jadi nanti. Aku tak sedih pun kalau gagal. Tak kisah. Terukkan?.

Lepastu rancang nak pergi wayang lepas sekolah. Aku sanggup tak datang kelas BA tadi semata mata nak tengon wayang cerita ouija. Dahlah besok ada exam BA. Lepastu balik rumah yang nak membawaknya kata tak nak pergi. Penat. Aku pun rasa betapa celakanya hidup aku pada hari ini. Haha..

Aku pun tidur sampai maghrib. Tu jelah cara yang boleh aku buat pada masa tu. Lepas tu bangun tidur yang nak membawak ni tadi cakap nak pergi. Siap tanya aku nak ikut tak. Aku sangat tak percaya time tu. Like seriously?!. Antara nak dengan tak nak. Hari ni tiket murah. Jadi aku hentikan rajuk dan cakap nak ikut.

Dah siap nak pergi. Aku pun cari botol 3 liter aku nak isi air. Boleh minum dalam kereta. Tapi air takde. Yang ada hanyalah air panas yang baru jerang. Yalah, rumah aku mana ada coway. Hah... Jadi aku masukkan air panas tu dalam bekas air sejuk yang dah ada air dalam tu. Lepas tu aku biarkan paip bekas air tu terbuka dan aku tadah air guna bekas tiga liter aku tadi. Aku tinggalkan sekejap sebab nak tunggu dia penuh lama.

Aku pun siap ambil beg duit aku. Dan masa tulah aku tersedar. Kad bank aku tak ada. Macam orang gila aku cari. Call semua kawan tanya ada nampak tak. Cari dalam kereta. Selongkar baju. Sepahkan bilik yang dah sedia sepah hanya untuk sekeping kad bank yang sampai ke sudah aku tak jumpa. Masa aku cari aku teringat air aku yang aku tadah tadi. Oh malang! Air tumpah. Lantai banjir. Air yang aku isi dalam bekas sejuk tadi habis. Aku menyumpah-nyumpah. Dahlah kad hilang. Air habis. Tumpah. Apalah malang sangat hidup aku ni?!.

Lepastu gerak pergi wayang. Dalam kereta aku dah risau macam mana nak bayar wayang karang. End up abang aku belanja. Dia tak nak belanja tadi, tapi nak buat macam mana. Adik dia yang menyusahkan ni dah hilang kad bank. Kakak pulak cakap nanti buatlah kad baru.

Ok, dah sampai wayang cerita ouija tu dah lama start. Haduihh ni lagi satu. So abang aku pilih cerita fantastic beast and where to find them. Harga tiket rm16. Cerita yang aku kutuk dekat kawan aku tadi sebab aku tahu cerita macam ni akan ada sequel. Banyak sequel. Tapi end up aku tengok jugak cerita ni. Dan... Best gila!!. Menyesal aku kutuk tadi.

Berbeza betul hari ni dengan apa yang aku rancang. Kita merancang tapi Allah lah sebaik2 perancang. Dan ada hikmah. Tapi apa? Entahlah..

Saturday, November 12, 2016

Islamophobia and racism..

Assalamualaikum and ufufufufu..

Im a muslim.
I mean, a muslimah.
And i wear hijab from head to toe. Not even a single hair to be shown.
I wear my scarf to cover my hair until the level of my belly button. Well, that is what sharia want us to do. To protect ourself, to protect our beauty and to be show only to our love ones. And to be special.
We, the muslim, are surely not a terrorist. Not a single one of us. If you talk about the muslim who killing the other for no reason, then bro and sis they are not even islam. Cuz islam has teach us about peace. Even the meaning of islam is peace (salam). Try watching how your race treat the palestinian, the syrian and the yemen people. Islam is the most followed religion. So, how could all of you still living if we are terrorist?. If we are terrorist, then the world would be doom. Because? We are terrorist. Huh. Get it? We are not terrorist!. And how can you get the idea that the ISIS thing is muslim? Then why are muslim killing muslim?. Why dont they attack the people in israel? The jerusalem? Cuz they are from that country. Well, they dont bite the hands that feed them. Haha. Right?. The terrorist just use our name. The muslim name. So that if they do wrong, people will call muslim a terrorist.

So yah! Im just finished watching videos about the people that experimenting how their lifes' at a non-muslim country. And i came up with these idea..

1. Kalau diorang tanya
"tak panas ke pakai tutup2 macam ni. Hahaha(evil laugh)".

Then i would like to reccomend you to say this.
"Panas memang panas, tapi nak lindungi kulit dari sinaran uv pun kena jugak. U know, the uv is not good for us right? With all of those kind of global warming nowadays". 

Haha i think that is enough. And wait for winter season and go to them who asked you about wearing hijab and say

"Dont you want to ask me why im wearing like this? Hahaha(evil laugh back)".

Payback. Haha.

2. Kalau diorang suruh kau balik ke negara kau balik then answer it like this

"Hey, im born in this country. My mom give birth of me in this country. And dont you think that your blood is 100% is from this country. We are the same man.."

3. Kalau diorang cakap kau terrorist then say to them..

"Do you see me holding those weapons or bombs? Come on, check my bag. There are none of them in this. And do you see me walking and cursing or disturbing you? Maybe there are terrorist but not me! And islam is never a terrorist. And so do the muslim. So that means the terrorist are not even a pure muslim. It is an agenda! Go read some book and go meet our religion teachers!".

4. Kalau diorang kacau time tengah solat. Cakap kat diorang.

"Waddup man? Im just exercising. You know? My exercise is the best yoga in this world. You can try it too. You, the non-muslim no need to say what we say in our prayer. Just try. It is good for your help. Oh! And it teach you discipline.

Haha.. That's all i've got. Yeah, it's easier talk than to be done right? But yeah, give it a try. Do this if you are brave enough. Good luck!.

And please believe us, muslim are not terrorist. We come with peace. Our style didnt make us a terrorist. Our clothes didnt make us a terrorist. Our doing didnt make us a terrorist. But please do know that terrorist can be anyone. Not muslim. Cuz we extremely against terrorism.

Wassalamualaikum w.b.t.

Thursday, November 3, 2016

Iqra'

Assalamualaikum and ufufufu...

Membaca adalah salah satu hobi aku. Semua benda yang bertulisan aku baca. Mahupun papan tanda dekat jalan, aku akan stick my eyes to the papan tanda untuk make sure aku dapat baca sampai habis. Walaupun aku kena pusingkan kepala. Sebab aku tak suka baca benda yang tak habis. Tak puas hati aku tau.

Membaca ni bukan setakat pada buku je. Nak baca komik boleh. Wait, komik online maksud aku. Baca bahan dalam internet. Bacalah apa-apa pun. Nak cerita dengan bahasa yang indah dan mendalam? Baca terjemahan al-Quran. Banyak surah yang best2 dalam tu. Contohnya surah Yusuf. Cerita dia detail gila.

Ramai orang tak suka membaca sebab? Katanya banyak sangat tulisan. Dah engkau poyo pergi ambik buku tebal2 800 muka surat siapa suruh?. Dah tau tak minat membaca toksah tunjuk rajin sangat nak baca panjang2 tu. Baca buku bergambar pun jadilah. Dapat tambah kosa kata kan? Itu untuk buku kalau buku english atau arabic language la. Bahasa asing.

Tapi kalau nak buat macam tu untuk buku BM pun apa salahnya kan?. Haha.....??. Yang penting bila kita baca tu kita mendalami apa yang kita baca. Hayati dia nak cerita pasal apa. Barulah kita boleh ingat dan boleh kita cerita kat orang. Memang rugilah kalau baca sampai 300 mukasurat tapi tak ada feel kan?.

So, bacalah.
اقرأ, باسم ربك الذي خلق.
Surah al-Alaq.

Lihat dan cerna.

Lihat..
Apa yang kau lihat itulah yang kau nampak,
Apa yang kau nampak itulah yang kau fikir,
Apa yang kau fikir itulah yang kau cakap.

Tapi lihatlah..
Apa yang kau nampak bukan seperti apa yang orang lain imejkan.
Apa yang kau fikir tak sama dengan apa yang orang lain mengertikan,
Apa yang kau cakap bukan seperti apa yang orang lain nak dengarkan.

Lihat dan ingat,
Kita tak sama,
Persepsi kita berbeza,
Jadi janganlah kau hambur kata nista dan cerca,
Bila orang lain beritahu spekulasi mereka.

Cuba kau lihat dari perspektif mereka,
Cuba lihat.

Wednesday, November 2, 2016

Haters gonna hate

Assalamualaikum and ufufufufufu...

Satu hari tu masa aku tengah tunggu family datang ambil dekat sekolah tiba-tiba kawan aku keluar dari sekolah lalu menemani aku yang keseorangan. Aku punya tahap bersyukur masa tu jangan cakaplah. Alhamdulillah sebab ada orang teman.

Kawan aku ni jujur orangnya. Tapi masalahnya terlampau jujur. Dia macam.. Nak cakap sinis tak.. Apa eh? Tajam dalam kelembutan. Entahlah. Tapi dia baik. Sopan orangnya. Tapu tiba-tiba masa tengan tunggu tu dia cakap

"Ima ni baiklah. Tapi kenapa ramai orang tak suka eh?".

Aik budak ni, tak ada angin tak ada ribut tetibe je. Terdiam aku dibuatnya. Aku pandang muka dia sambil senyum paksa.

"Entah, yeke?".

"Mungkin sebab Ima terlampau peramah kot..".

Hah? Tu? Tapi yelah. Aku pun tau. Ramai je orang tak suka aku. Lagi ramai kot daripada yang suka aku. Aku rasa yang suka aku berapa ketul je dekag sekolah tu. Yalah, sekolah perempuan semuanya. Faham je lah macam mana kan?.

Yalah, aku ni dahlah bising, memekak, annoying, tak cantik, apa lagi? Suara kuat. Lagi? Over. Banyaklah yang lain2. So, aku tak peliklah kalau ada yang tak suka.

Heh, nampak je aku macam ni. At least aku cakap tak lepas. Walaupun aku bising, aku tetap jaga sensitiviti seseorang tu. Aku taulah dengan siapa aku boleh cakap macam ni, siapa boleh cakap macam tu. Kalau nak tegur aku pun, agak-agaklah. Tegur elok-elok boleh kan?. Tegurlah dengan cara yang korang rasa sesuai.

Aku pun, tak taulah.. Nak ubah perangai ke? Aku rasa aku kena jadi pendiam, kurus, lawa baru orang suka kat aku kot? Yelah rasanya. Aku macam tak nak percaya je dengan quote "be yourself". Dah ramai tak suka be yourself hape bendenya?.

Allah...

Orang yang tak kenal aku sepenuhnya memang tak tahu aku sebetulnya. Luar aku lain. Dalam aku lain. Lain sangat. Dekat sekolah tu ada sorang je yang tahu aku macam mana. Sebab masalah aku semua cerita dekat dia. Tak tahulah dia pun tak suka kat aku ke jugak. Lagipun orang lain takkan faham masalah aku.

Kalau aku cerita masalah aku, diorang mesti nak bandingkan demgan masalah diorang jugak. Tolonglah kawan, tolonglah jadi pendengar yang baik. Nak bagi respond tunggu aku dah habis cerita.

Tahu tak aku ni sentimental? Tak. Tak siapa tahu. Sorang je dekat sekolah tu yang tahu aku macam mana. Sorang je.

So, takde moral rasanya luahan aku ni. Jadi, bye.

Sinar Permata

Assalamualaikum and ufufufufu...

Ni nak cerita semalam aku pergi Sinar Permata dekat Alor Gajah untuk rawat resdung ni ha.. Setelah sekian lama aku memendam rasa nak keluarkan penghuni2 dalam hidung aku ni. Akhirnya dengan izin Allah aku dapat jugak pergi.

Ok, first sekali aku bukak pintu kedai dia. Haha. Kidding. Tapi betul apa?!. Lepas tu akak tu tanya "Ya?". And i was like "ya? What ya? Haha". Dia tanya nak check dulu ada resdung ke tak atau nak buat rawatan terus. Lepastu umi pandang aku then tanya "Ima?". Aduhh.. Memang tak suka habiskan ayat ke?.

So, aku pun buatlah check dulu. Dia letak herba suruh aku sedut masuk hidung. Perghh! Perit gila dol.. Kau hengat hape? Dia punya rasa mencucuk tu memang Nauzubillahiminzalik! Haha metafora dia. Tak sampai 1 minit aku dah bersin macam apa. Mula2 aku bersin ikut hidung je. Yelah, aku ingatkan kalau macam tu dapat keluar banyak sikit hahaha. Eww.

Lepas tu akak tu cakap "Dik, bersin tu bukak mulut eh". Lepas tu aku pun bersinlah sepuas hatinya. Dengan mata aku pun nak bersin sekali. Penat woo. Dengan nak tunduk je sepanjang masa. Oh, lupa nak cakap dia suruh aku tunduk kepala masuk tong sampah yang berplastik biru kasi buang semua dalam tu. Tapi tong sampah tu bersihla.

Masa tengah bersin tu dengar pulak abanh aku yang menunggu kat luar tu cakap "Tu banyaklah tu bersin kuat". Dia ingat aku yang dalam bilik ni tak dengar ke?. Lepas tu datang pulak kakak aku dengan tab kat tangan dia dok rakam aku yang tengah menghinguskan diri. Sengal punya kakak.

Dah habis check akak tu "tanya nak terus buat rawatan ke? Adik boleh lagi tak ni?". Aku pun mengangguk mengiyakan dengan kepala yang mamai. Yalah, dah alang-alang datang kan?.

Lepastu aku pun buatlah rawatan. Harga.. Biasalah nak sihatkan? Aku tong2 duit dengan umi. Umi 30 aku 20. Haha maklumlah, student lagi. Lepastu appointment seterusnya 1/12. Fuhh.. Berlagak betul bunyinya. Padahal rawat resdung je pun. So, nak cakaplah lepas buat rawatan ni memang terang benderang mata aku dibuatnya. Perit memang perit tapi lepas tu legalah.

So, bagi sesiapa yang nak rawat resdung korang. Aku syorkan pergilah dekat cawangan Sinar Permata yang terdekat di kawasan anda. Puihh. Haha. But, seriously. Pergilah check.

Tuesday, November 1, 2016

Cepat

Assalamualaikum and ufufufu...

Cakap pasal cepat. Ya, aku ni bukanlah seorang manusia yang mempunyai sifat penyabar. Semua benda kalau boleh aku nak cepat je. Aku tak suka menunggu dan tak suka ditunggu.

Dulu masa aku form 2 masa kelas seni, Cikgu aku  pernah cakap "Saya tak nak siap hari ni jugak eh, saya tak nak awak semua siap cepat". Dan aku pun mengangguk dengan confident. Aku ingatkan aku takkan siap hari tu juga. Rupanya time tu juga dalam masa kurang dari 45 minit aku dapat siapkan lukisan tu. Nak cakap buruk tak. Nak cakap cantik tak tahu lah cantik ke tak. Tapi adalah jugak budak yang aku rsa tak suka kat aku cakap "Kau memang pandai melukis eh?". And I was shocked at that time. Like, seriously? ufufufu...

Kawan aku selalu cakap "Ima ni semua laju. Tulis laju,cakap laju, jalan laju. Semualah". Tapi aku tetap rasa aku ni lembab. Yalah, manusia, mana pernah bersyukur kan?. Lagipun berkebolehan "laju dan cepat" ni aku tak tahu lah baik ke buruk. Kalau cliche punya jawapan "ada baik ada buruk".

Yang baiknya, KERJA KITA CEPAT SIAP. Tu je aku rasa. Yang buruknya banyak. Contohnya jawab periksa. Aku jawab tak sampai 50 minit dah habis jawab. Walaupun soalan susah. Bukan sebab aku budak pandai, tapi samada aku pakai hentam jawab apa asalkan siap ataupun aku dah mengantuk. Ha.. kan tak bagus tu?. So, aku akan penuhkan masa aku dengan tidur. Pastu nanti datanglah makhluk yang digelar pengawas peperiksaan datang mengetuk meja aku. Buat malu je.

Tapi aku rasa semua orang boleh jadi cepat. Cuma fokus tak  fokus je. Contohnya aku kalau buat assignment last minute, aku tetap dapat siapkan pada tempoh yang ditetapkan kalau fokus. Kalau aku tak fokus memang menunggu masa jelah nak kena maki dengan cikgu esoknya sebab tak siap kerja.

so, moral of the story, semua orang boleh jadi cepat.