Monday, December 4, 2017

Kau dengar aku?

kau jerit pada aku,
maaf,
kau ingat aku dengar,
padahal aku paut pada penyelamat,
apa?
oh, aku pakai pekak telinga.

ya,
hebat aku ini ya?
aku angguk macam faham,
dan sebenarnya?
heh,
aku angguk ritma lagu.

dan bila kau mula pandang pelik,
aku buat muka,
cebik mulut,
seperti mengasihani,
hah,
padahal aku tak tahu apa.

lalu kau tanya,
ya itu aku dengar,
soalan sensitif bila aku sedang pekak,
"kau dengar tak ni?"
aku angguk,
apa perkataan terakhir kau aku ulang.

akhir maaf,
sebenarnya aku takdengar,
tak ada nafsu pun mahu dengar,
cakaplah kau seorang,
dosa kering aku tak mahu campur.

No comments:

Post a Comment