Sunday, December 17, 2017

Tarbiah? Dakwah? Apa tu? Penting ke?


Assalamualaikum w.b.t.

Tarbiah? Apa kejadahnya tu? aku bukannya orang Arab pun nak tahu perkataan2 macam ni. Haha, okay, itu over, padahal ramai je yang dah dengar perkataan ni. Tarbiah ni adalah pengajaran. Tarbiah adalah satu perkataan yang acap kali digunakan dalam platform, berdakwah. Dan menjadi tanggungjawab seorang Muslim yang beriman untuk berdakwah.

Zaman sekarang ni, senang sungguh nak berdakwah. Nak-nak lagi dekat media sosail dan media cetak. Senang! cukup senang, tapi kenapa masih ada yang bertangguh? masih berkira nak buat ke tak? sebab, senang nak berdakwah, senang nak kena kecam. Hahaha, biasalah, akhir zaman, yang baik diserong, yang jahat diagung.

Okaylah straight to the point, entry kali ni nak menghuraikan tentang alternatif2 dakwah ataupun tarbiah. Haa... selalu dengar tarbiah tu kan? kat mana? tarbiah sentap (TS). Bagus TS ni. Tapi, ramai tak suka. Kenapa? sebab katanya mereka ni kasar. Cakap tak bertapis. Kerja nak shoot orang je. Cop3! Kasar? kenapa? terasa ke? mestilah! orang gila je yang terasa! hah, berkesanlah tarbiah ni maksudnya? sebab, seseorang yang beriman tu akan bergetar hatinya bila terdengar ayat-ayat Allah. Hah! maksudnya, masih ada dalam hati anda-anda ni, iman walaupun sekelumit.

Tapi, ada orang yang terkejut dengan cara penyampaian dakwah ini. Bagi saya, orang-orang yang layan Tarbiah Senap ni, adalah yang dah lama berkecimpung dalam agama. Yang memang dari kecil mak bapak dah campak mereka masuk sekolah agama. Yang memang dah tahu hukum-hakam agama. Sebab, mereka tak akan terkejut bila mendengar atau membaca apa-apa yang dikeluarkan dari orang-orang Tarbiah Sentap ni.

Cumanya, mad'u2 ini telah terpesong sedikit atau sedang terpesong sedikit daripada landasan. Jadi, mereka perlukan sesuatu yang boleh mengejutkan mereka dariapada nikmat yang menipu ini. Supaya, mereka dapat kembali semula ke landasan yang betul. Sebab, cara Nabi kita pun, dakwah biar terasa. Baginda lagilah, datang2 je orang kata baginda orang gila. Alah! TS ni takat orang kata dia kasar, apa ada hal!

Seterusnya, bagi orang-orang yang beru nak belajar. Kita ni tak bolehlah nak judge orang tu terus-terusan. Nampak dia pegang tangan dengan lelaki, terus kita hadiahkan Neraka untuk dia. Allahu... kenapa? sedangkan kita pun tak tahu kita ni masuk syurga atau neraka. Percayalah, ramai di antara mereka2 yang begini tak tahu hukum. Ya! betul, mereka memang tak tahu. Aku mengaku, aku termasuk dalam golongan yang sangat judgemental ni. Sangat, sampai rasa diri ni bagus sangat. Kenapa? sebab dah tahu hukum. Sebab mak bapak dah campak sekolah agama dari tadika.

Cubalah cipta walau 60 alasan yang boleh buatkan kita bersangka baik dengan orang tu. Walaupun tak logik. Ala... macam kita jugaklah bagis alasan bila tak siapa homework ke, assignment ke, sampai lambat bila kawan ajak hangout ke. Masa macam tu bukan main ligat cari alasan, takkan dekat orang lain kita tak boleh cipta alasan untuk mereka. Orang-orang sebeginilah yang saya rasa tak sesuai kalau nak layan Tarbiah Sentap punya cara. Sebab, mereka ni masih baru. Anggaplah mereka ni macam kain putih yang tak tahu apa-apa. Yang mereka tahu, solat, puasa, zakat wajib.

Mereka yang golongan kedua ni, perlu cari medium yang sesuai dan lembut untuk mengajar mereka dari mula. Contohnya, usrah, ceramah dan kuliah masjid. Sebab, takut mereka ni tak jadi nak kenal agama bila kena shoot kaw-kaw macam dalam filem koboi. Manalah tahu mereka ni rasa macam kena terjah je tiba-tiba, kawan tu datang nak belajau, tetibe kena hetam habis. Ha.. kan dah keluar Melaka aku. Fufufu... Hah, sambung, dan, orang-orang beginilah yang kita para Da'ie harus dekati bukan jauhi, kata sayang sesama muslim, takkan nak biarkan mereka ni terhuyung-hayang sorang-sorang? Bukan lah nak suruh korang huyung-hayang sekali, nak suruh jalan betul2 semula, sama-sama.



So, konklusinya begini, cara dakwah ni banyak, kita yang kena pandai buat, kena pandai olahkan. Dan mad'u juga kena pandai cari. Jangan sebab orang ni popular, kita terus pergi kat orang ni, carilah yang boleh kita fit in sekali. Ada orang yang boleh dengan cara straight to the poin, ada yang kena berkias-kias sastera dulu baru boleh terima. Ingatlah, manusia ni bukan seragam, tapi bermacam-macam ragam. So? jangalah sesekali kita hina atau cerca diorang ni. Yakin, mereka tak tahu hukum macam cara tutup aurat yang sempurna. Yang mereka tahu, pakai tudung. Dah.

"Orang yang kita kutuk boleh masuk syurga yang teratas, jangan kita yang "mulia" ni di neraka yang terbawah",

Wabillahiitaufiqwalhidayah, wassalamualaikum w.b.t.




Tuesday, December 5, 2017

BORING GILA!

Assalamualaikum and ufufufu...

WARNING!!
entry ini adalah entry paling embosankan sepanjang zaman.

right here right now, aku tengah sangat pishanggggg. weh! siapa sangka yang cuti boleh jadi seboring ini. pleaselah! aku dah muak main laptop yang aku dok puja puja masa sekolah. dah lah tu, 6 bulan aku cuti. ambil diploma punya pasal!!!

help!!! nak cari kerja! nak cari duit! boring!! tak habis2 kerja aku tengok bts je. geli kan? aku pun geli. tapi nak buat macam mana dah addicted. Ya Allah!!! boringnya akuuuu

Monday, December 4, 2017

Kau dengar aku?

kau jerit pada aku,
maaf,
kau ingat aku dengar,
padahal aku paut pada penyelamat,
apa?
oh, aku pakai pekak telinga.

ya,
hebat aku ini ya?
aku angguk macam faham,
dan sebenarnya?
heh,
aku angguk ritma lagu.

dan bila kau mula pandang pelik,
aku buat muka,
cebik mulut,
seperti mengasihani,
hah,
padahal aku tak tahu apa.

lalu kau tanya,
ya itu aku dengar,
soalan sensitif bila aku sedang pekak,
"kau dengar tak ni?"
aku angguk,
apa perkataan terakhir kau aku ulang.

akhir maaf,
sebenarnya aku takdengar,
tak ada nafsu pun mahu dengar,
cakaplah kau seorang,
dosa kering aku tak mahu campur.