Wednesday, September 13, 2017
Hati Tisu
Assalamualaikum...
umum mengetahui hati tisu adalah hati yang terlampau sensitif. tengok scene sedih sikit je pun. tengok2 dah mengalir dah ayaq mata kawan tu. hahaha. actually, i am talking about myself dan orang2 yang bersekutu dengan aku.
orang macam ni memang cepat touching. kalau yang jenis lembut bercakap sopan bahasanya tu bolehlah lagi terima bila mata dia senang je berlinang. habis kalau dapat macam aku? extrovert terlebih? tak pelik tu?
hahaha. aku tak faham dengan diri sendiri. tengok doraemon pun menangis. tengok boboiboy menangis. tengok anime menangis. apatah la baca perkara yang berkaitan dengan agama. nak2 lagi bila kaitkan tentang akhlak Rasulullah iaitu akhlak Al-Quran.
kadang2 aku rasa hati tisu aku ni menyusahkan. sebab benda yang menyentuh hati ni kita tak boleh jangka. tak pun, benda tu kita je yang rasa but not the other. bayangkan, dalam kelas, tiba2 kau menangis sebab terbaca sajak sedih yang orang lain rasa biasa? aduh naya.
aku cerita berdasarkan pengalaman. hati tisu ni sejenis hati yang cepat tersentuh bila baca sesuatu. dan orang2 ni sangat merasakan yang mereka perlu berubah. atau lebih senang, bertaubat.
ada masa tu, tiba2 je dia mengalir. aku pun tak tahu kenapa. ada satu masa ni, aku kat JJ. lepastu aku pun dok perati budak2 kat playground tu. dah macam pedo aku rasa. lepas tu tau2 mata dah berair. tau kenapa? sebab aku rasa 'sucinya budak2 ni, tak kisah lah muslim ke kafir. budak2. apa diorang ni tahu?' dan 'Ilahi, aku nak jaga budak. bila lah adik beradik aku nak kahwin?'. then, vroosh! banjir dah.
tapi aku tahu, setiap perkara ada pro dan kontranya. ada masa aku bersyukur hati aku tisu. ada masa aku marah kenapalah aku ni cepat sangat koyak? hahaha, biasalah, manusia. tapi yang Alhamdulillahnya, aku bukanlah tergolong dalam kalangan2 kuat merajuk.
terima kasih kepada abang2 dan kakak2 aku yang bukan hati tisu. tak reti aku nak merajuk kalau dengan diorang. memasing hati batu. hahaha. tak "lut" kalau merajuk dengan diorang ni. sebab tu aku tak reti merajuk. cukuplah sekadar hati tisu, janganlah kuat merajuk. so, kalau terjumpa aku dalam keadaan mata merah berair, faham2 lah ya.
sekian, terima tisu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment