Friday, August 18, 2017

HIJRAH...



Assalamualaikum,

dah lama tak sentuh blog ni, dah berhabuk dah. dah lah tu, masuk2 je terus bawak tajuk berat. HIJRAH. berat ke? boring lah dengar. pergi ceramah sana cerita pasal HIJRAH. baru je dengar pasal HIJRAH ni. tak ada benda lain ke?

kan?

aku pun rasa macam tu.

tapi, inilah perkara yang jadi kemelut semua orang tak kira usia sekarang.
selalu dengar, hijrah tu bukan mudah.
baik, aku nak tanya, ada ke perkara yang mudah kat dunia ni?
tidur?
macam mana dengan orang yang susah tidur tu?
duduk?
macam mana kalau yang kena bisul tu?
baring?
macam mana kalau orang yang ada penyakit tak boleh baring sebab badan cedera teruk tu?
look, nothing's easy.

tak ada benda yang senang. lebih2 lagi nak berhijrah. nak buat benda baik. tengoklah, sebenarnya benda baik ni memang orang tak suka. recap masa zaman Nabi s.a.w dulu. masa dia berdakwah nak keluarkan manusia dari kegelapan, orang suka dia? haa... tak kan.

nak berhijrah ni kena bersusah payah. kena berpenat lelah. semua orang tak suka berubah. tapi semua orang sibuk nak ubah dunia. kenapa? sebab fitrah manusia memang begitu. suka betulkan apa yang mereka nampak depan mata. batinnya sering dihiraukan.

step first, hijrah dah. aduh step 2 and last ni memang payah. gapo dio tu? istiqomah. teruskan amalan soleh kita. nanti mesti jadi balik. mesti? mesti ke? tepuk dada tanya selera. mindset kita dah dipenuhi dengan relapse selepas hijrah. yalah, dah biasa berkecimpung dalam bidang kemaksiatan. macam dadah. ada relapse.

ya, perubahan memang susah. siapa yang suka keluar dari zon selesa? siapa? siapa yang suka buat benda baru. nak cari kawan baru pun susah inikan pula nak cari diri baru.

tapi percayalah, akan ada keindahan lepas kau berubah. lepas aku berubah. bak kata kawan aku yang ambil ayat ni dari quotes "kan lepas hujan ada pelangi". dia cakap benda ni masa aku tengah stress, fed up, give up dan habis daya. tapi sentiasa ingat Allah ada dengan kita. aduh sedih pula cakap pasal ni. yah! berjihadlah. sesungguhnya jihad dan perang paling hebat adalah melawan hawa nafsu!. bittaufiq wannajah.


No comments:

Post a Comment