Friday, August 25, 2017

Manusia Bahaya! Wanted Dead Or Alive


Salam, this will be a short entry.

Jenis2 manusia bahaya.

1. over confident.
2. cakap putar belit.
3. buat2 lupa kesalahan yang dia buat.
4. suka perasan dia betul semuanya.
5. cepat terpengaruh.
6. suka mempengaruhi.
7. suka sebar fatwa palsu sebab dia terlampau yakin.
8. judge sebelum observe.
9. bajet2 motivator yang tahu personaliti semua orang.
10. selalu cakap "takpelah dia kan....."
11. selalu cakap "ni lawak jelah..."
12. selalu hina diri sendiri sebab nak orang puji dia.
13. suka kasi jeles orang lain dengan puji orang lain depan2 dia.
14. hati busuk.
15. NATO.

Ini adalah manusia2 yang perlu dijauhi. bahaya mereka sudah setaraf dengan nuklear. siapa2 yang jumpa orang begini hendaklah menyorok. kalau berani, sila brainwash mereka. tapi hanya untuk orang yang dah kenal lama sahaja.
kerjasama semua pihak amat diharapkan.
sekian terima benci.

Saturday, August 19, 2017

CARA TAK NAK JATUH CINTA



Assalamualaikum and ufufufu...

pelik kenapa ada entry macam ni? bagi aku tak pelik. sebab perkara ni sangat common di kalangan kita. cinta. senang sangat nak jatuh cinta. pasal benda kecil pun kita dah suka kat seseorang tu. e.g. orang tu tolong ambilkan barang kita yang dah terjatuh, tolong tahan pintu, senyum kat kita tetiba padahal niat dia nak bersedekah. dan secara tiba-tiba ada rasa yang datang menerpa. hatiku telah jatuh ditimpa tangga. adakah dia yang dinamakan jodoh? ok, stop. geli gila sekarang ni.

so, here's my tips.

1. jaga ikhtilat.
first sekali kita kenalah jaga pergaulan. jangan main campur ja. kalau nak cakap dengan bukan mahram jangan lah lebih-lebih. nak ada kawan lelaki tu boleh. tapi jangan lah borak benda tak berfaedah. e.g. tanya dah makan ke belum, dah mandi ke belum, kejut dia bangun - apa ingat dia tak ada alarm ke? tak ada mak bapak ke? tak ada kawan ke untuk kejutkan?. bukan nak sekat, tapi bila tengah tergedik2 tu lah yang syaitoooonnnn tu tiupkan rasa syahwat dalam hati- cari maksud syahwat sendiri, jangan ingat benda tak elok je.

2. move on
kalau dah tersuka tu, cepat-cepat move on kan hati anda. jangan nak ikutkan perasaan 'jatuh cinta pamdang pertam' kau tu. cepat-cepatlah lupakan makhluk yang telah membuatkan hati kau tak keruan tu.

3. syok sendiri
sentiasa cakap kat diri kau yang orang tu bukan ada maksud apa-apa pun bila dia tolong or senyum kat kau. entah-entah dia dah ada girlfriend. so, janganlah perasan yang dia tu suka kat kau pula. silap hari bulan malu sendiri nanti.

4. sedar diri.
ok yang ni memang aku selalu buat. sebenarnya apa yang aku buat ni lebih kepada hina diri. entahlah. aku akan cakap kat diri sendiri yang lama lagi ma kau nak bercinta ni semua. entah-entah lepas kahwin. entah-entah tak dapat langsung. siapa la yang nak dengan kau ni. dah la tu, suka yang hensem2 je. sedar-sedarlah diri tu sikit.

5. fikir banyak-banyak
apa yang kau dapat kalau kau bercinta? crush? kau hanya merimaskan diri kau dengan perkara yang tak pastui. kau tak tau pun orang tu suka kat kau ke tak. entah-entah dia tak kenal pun kau. buang masa je layan perasaan.

6. sibukkan diri
buatlah perkara-perkara berfaedah macam baca buku ke-jangan baca novel cinta pulak. kemas bilik ke- sedar sikit bilik tu bersepah. siapkan assignment ke- deadline dah nak dekat. so, tak adalah kau nak layan perasaan sangat. tak ada masa pun kau nak fikir benda-benda tu semua kalau kau tengah sibuk nak siapkan sesuatu.

and the last thing is, tanya diri kau. "aku ni dah cukup ke cintakan Allah dan rasul?".

benda ni aku tujukan kepada orang yang tak nak bercinta, tak nak libatkan diri dalam perkara2 bermaksiat, rasa masih belum sampai masa atau philophobia. so, silalah amalkan tips-tips yang berikut.

Friday, August 18, 2017

HIJRAH...



Assalamualaikum,

dah lama tak sentuh blog ni, dah berhabuk dah. dah lah tu, masuk2 je terus bawak tajuk berat. HIJRAH. berat ke? boring lah dengar. pergi ceramah sana cerita pasal HIJRAH. baru je dengar pasal HIJRAH ni. tak ada benda lain ke?

kan?

aku pun rasa macam tu.

tapi, inilah perkara yang jadi kemelut semua orang tak kira usia sekarang.
selalu dengar, hijrah tu bukan mudah.
baik, aku nak tanya, ada ke perkara yang mudah kat dunia ni?
tidur?
macam mana dengan orang yang susah tidur tu?
duduk?
macam mana kalau yang kena bisul tu?
baring?
macam mana kalau orang yang ada penyakit tak boleh baring sebab badan cedera teruk tu?
look, nothing's easy.

tak ada benda yang senang. lebih2 lagi nak berhijrah. nak buat benda baik. tengoklah, sebenarnya benda baik ni memang orang tak suka. recap masa zaman Nabi s.a.w dulu. masa dia berdakwah nak keluarkan manusia dari kegelapan, orang suka dia? haa... tak kan.

nak berhijrah ni kena bersusah payah. kena berpenat lelah. semua orang tak suka berubah. tapi semua orang sibuk nak ubah dunia. kenapa? sebab fitrah manusia memang begitu. suka betulkan apa yang mereka nampak depan mata. batinnya sering dihiraukan.

step first, hijrah dah. aduh step 2 and last ni memang payah. gapo dio tu? istiqomah. teruskan amalan soleh kita. nanti mesti jadi balik. mesti? mesti ke? tepuk dada tanya selera. mindset kita dah dipenuhi dengan relapse selepas hijrah. yalah, dah biasa berkecimpung dalam bidang kemaksiatan. macam dadah. ada relapse.

ya, perubahan memang susah. siapa yang suka keluar dari zon selesa? siapa? siapa yang suka buat benda baru. nak cari kawan baru pun susah inikan pula nak cari diri baru.

tapi percayalah, akan ada keindahan lepas kau berubah. lepas aku berubah. bak kata kawan aku yang ambil ayat ni dari quotes "kan lepas hujan ada pelangi". dia cakap benda ni masa aku tengah stress, fed up, give up dan habis daya. tapi sentiasa ingat Allah ada dengan kita. aduh sedih pula cakap pasal ni. yah! berjihadlah. sesungguhnya jihad dan perang paling hebat adalah melawan hawa nafsu!. bittaufiq wannajah.