Tuesday, April 18, 2017

The Rise Of Leaders - UM

kuang hajo kecik pulak gambo ni
so, whatever... assalamualaikum and ufufufufu...

so, kelmarin program ni telah diadakan di sekolah ku yang tercinta. start malam Khamis habis hari Sabtu. nak dijadikan cerita aku datang lambat- like always, yelah, buat malam siapa suruh? kih3. jk jk. no heart feeling. so, sampai2 je en. Nash tengah bercakap sambil buat lawak yang sangat menggelikan hati di depan khalayak puteri MEKAR. dan aku yang datang lambat ni ofc lah terpinga-pinga, dan dahlah aku ni duduk belakang sekali. tapi tak pe, duduk depan or belakang it doesn't matter, janji niat- ayat sedapkan hati.

so, masa sesi break the ice atau aku lebih selesa menyebutnya ice breaking, abang2 dan kakak2 fasi telah memeperkenalkan diri mereka dan menyebut tentang kos2 yang mereka ambil. dan kebanyakan dari mereka telah berdusta. tapi aku pedulik hapa. ada yang cakap dari medicallah, pengangkutan dan apatah la.. architecture la.. etc. yang aku x leh blah nya ada orang percaya. well, that is the true intention of lying right? to get people to trust them, and they did it. Syabas! walaupun ramai jugak yang tak percaya.

dan, semuanya Alhamdulillah berjalan dengan lancar. aku pun baik2 saja. being the most loud girl in the program was not that bad. aku bukan saja2 nak bising. but that is me. tak boleh kawal. aku pernah nak kawal diri aku jadi senyap. but at the end aku akan tetap end up jadi diri aku balik. sebab aku rasa boring kalau senyap. dan aku pun berbuat bising sesuka hati. sekali kena tegur jangan buat bising by someone. aku pun apalagi, melalak lah macam hape. hahaha buat malu je. nasib baik kak pah ada. haishh.. tetibe rindu kak pah. ah sudah!.

aktiviti semua best2 termasuk yang kena buang family sendiri- walaupun aku mengamuk kat group aku lepas aktiviti tu habis. tapi tak pelah, benda dah lepas kan. dan aku rasa motif ldk tu bukan the most important thing ever, tapi the most impatient thing ever. haha. sampai group aku pun suruh aku relax sebab aku dah macam orang gila mengamuk kat belakang. nasib baik awok ada back up. cover2 tak nak nangis last2 aku nangis jugak. tapi tu pun masih dalam keupayaan aku tahap maksima nak control air mata. nasib baik ada air soya.

and the most satisfying thing adalah, diorang panggil aku Halim. aku nak mintak diorang panggil aku Saad, tapi, entahlah. Halim is better i guess? dan lepas ni x de sapelah lagi yang akan panggil aku Halim. aku bukan nak jadi lelaki, halim sendiri pun maksud dia lembut. aku just nak orang doakan aku supaya aku jadi lebih lembut. cuba bayangkan kalau dalam sehari 40 kali orang sebut nama aku? ha.. 40 kali lah orang doa aku jadi lembutkan?. but, kita tak bolehlah nak bertukar macam tu je kan?.

#HENSHIN! haha nama group aku. inspired by kamen rider. tunggu ada tali pinggang je. budak2 group aku pun reda je dengar nama group tu. motto kami, ganbatte hijrah, ganbatte kudasai, ganbarimasu henshin! #move on dan disusuli dengan bunyi uuu aaa, oleh aku. well siapa lagi yang arif buat bunyi monyet selain aku yang dah biasa kena kejar monyet sebab rumah kat hutan ni kan?, dan tak lupa kepada abang dan akak cameraman yang sangat rajin menangkap memori masuk ke dalam kamera. dan yang paling tak boleh blah, siapalah yang susun slide show gambar2 tu, buat malu awok je. tapi serius cakaplah, tak pernah jumpa cameraman serajin anda  sebelum ni. sebab sebelum2 punya program kalau ada cameraman dia akan tangkap gambar budak2 glamour atau gambar kawan2 dia sendiri like wtf?-wallahi too funny (jangan fikir lain..).

at the end, aku tak dapat turun masa sesi bergambar sebab ikut cakap kawan yang kata dia dah penat sangat. dan aku pun bukannya suka bergambar sangat- ceh.. poyo je, padahal nak sedapkan hati sebab tak dapat tangkap gambar. kalau dengan perempuan ok lagilah. last2 budak yang kepenatan tu jugaklah pergi tangkap gambar. tapi aku rasa ada hikmah aku tak pergi hantar pemergian diorang. sebab aku rasa kalau aku hantar mahu banjir tempat tu  dengan air mata aku. sensitif punya pasal. awok ni luar memang nampak gagah, macho, gangster dan yang sekutu dengannya, tapi dalam tak terkira beribu-ribu melon bunga yang ada.

nak dijadikan cerita lagi, balik rumah je terus demam. demam apa? demam keazaman yang mennggi. hahhahaha. api terima kasihla, sebab dapat mc 2 hari. bukan senang woo nak dapat mc dua hari. well then. aku rasa aku dah banyak cakap, but not to forget, minta maaf kepada pengelola2 program kalau ada tersakitkan hati. big credit to my faci, abang cameraman dan akak cameraman-yang aku tak tahu nama, kak pah and en. sam sabah. and to the others yang aku tak ingat nama sangat sebab memasing tipu nama diorang masa sesi ice breaking. salah diorang jugak, nasiblah.

hah! lagu favorite program tu, nah!
P/S= terima kasih sebab kasi lagu ni sebab saya dah muak dengan lagu2 macam gemuruh jiwa etc..


BERJALAN TANPA HENTI-DEVOTEES
Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu
Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia


ja-mata UM sayonara!

No comments:

Post a Comment