Sunday, January 21, 2018

love ourselves


Love yourself,
selalu kita dengarkan?
selalu menampar telingakan?
ya, cintai dirimu,
cinta diriku,
tapi,
kalau kita cintai diri terlalu,
mengapa mahu payah-payah;
mahu kuruskan badan?
ptihkan muka?

Love yourself,
kalau kita mahu kuruskan badan,
jaga muka jaga penampilan,
adakah itu bermaksud kita tidak cintai diri?
adakah itu bermaksud kita sudah menerima diri kita seadanya?
bersyukur dengan apa yang ada?
apa itu syukur dan terima?
hodoh, cantik, pendek, tinggi,
 itu suatu kelebihankah?

Love myself?
aku tak faham.
aku tak tahu aku cintai diri atau tidak,
tapi aku mahu kurus.
aku tak tahu kenapa.
bila aku berdiri di depan cermin,
aku rasa teruk bila melihat lemak-lemak jahat di badan,
jerawat-jerawat di muka,
bagi aku itu memalukan.

LY,LM.
Tolong beri aku faham,
bagaimana yang sebenarnya maksud sebenar cintai diri.
kerana acap aku mendengarnya,
keluar dari mulut orang yang bersusah payah bagai nak mati berdiet,
sedut lemak,
pembedahan plastik,
solek tebal,
lalu mereka berkata

"Love yourself, accept the way you are".
kelakarkah ini?